berita

Bront Palarae Nafi Dakwaan Sudah Nikah

September 4th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

PSIKO-21

Baru sahaja semalam kita dikejutkan dengan berita pernikahan pelakon Psiko Pencuri Hati, Bront Palarae yang diadakan secara senyap-senyap pada 31 Ogos yang lepas.

Menurut laporan sebelum ini, majlis itu telah berlangsung di sebuah masjid yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail dan Bront hanya menjemput saudara terdekatnya sahaja.

Artikel berkaitan:

Akibat daripada berita itu, ramai peminat yang kecewa dan tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang menjadi isteri Bront.

Namun lebih mengelirukan apabila melalui portal Gua, Bront menafikan yang dia sudah menikah dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu Psiko Pencuri Hati. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh mengganggu promosi filem terbaru saya ini.

bront

Menurut Bront lagi, dia berada di konti radio pada tarikh tersebut kerana terdapat urusan kerja dan bukan di masjid seperti yang didakwa.

Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali kedua Bront dikatakan berkahwin namun tiada sebarang kepastian yang diberikan oleh pelakon itu.

SKIP THIS AD ×