berita

Buat Undian Cerai Atau Tak Di Instagram, Nadya Syahera Terkejut Tindakan Suami

June 25th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera pernah mendedahkan keretakan rumah tangga didakwanya punca dari orang ketiga. Lebih mengukuhkan lagi apabila dia menjumpai bukti sekeping gambar suami bersama seorang gadis dari Kelantan yang dipercayai adik kepada pengasas produk kosmetik.

Lebih mengejutkan lagi apabila Nadya Syahera terlihat tindakan suaminya, Fizul Nawi meminta pandangan netizen memberi pandangan terhadap rumah tangganya menerusi kaedah undian ‘poll’ di IG Story.

Tak tahu apa niat sebenar dia

Susulan dari tindakan Fizul Nawi di IG Story itu, Nadya Syahera terkejut dan tidak mengetahui niat sebenar suami berbuat demikian.

Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak di ‘poll’ di IG Story.

Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini, dia tidak pernah pula kata nak bercerai tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah itu.

Bukan nak jatuhkan maruah sesiapa

Sementara itu, Nadya Syahera tidak berniat untuk membuka aib atau menjatuhkan maruah mana-mana pihak. Tetapi hanya memberi pengajaran kepada suami atau wanita diluar sana untuk tidak menggoda suami orang.

Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuatnaik itu dia sedang marah dan tak boleh fikir secara rasional. Saya bukan nak jatuhkan maruah sesiapa atau aibkan suami sendiri.

Apa yang saya buat sendiri hanya ingin memberi dia pengajaran dan juga kepada wanita-wanita yang menyondol suami orang.

Dia masih ada anak yang perlu diutamakan

Tambah pelakon ini lagi, buat sementara waktu ini dia hanya menyelesaikan masalah itu melalui telefon sahaja. Memandangkan Fizul Nawi masih berada di Kelantan.

Buat masa sekarang ini, saya masih berhubung dengan Fizul melalui telefon sebab saya pun masih isteri dia dan dia masih ada anak-anak yang perlu diutamakan.

Tapi saya akan bincang masalah kami bila dia balik KL sebab sekarang dia di Kelantan menguruskan perniagaan.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×