Sekadar gambar hiasan
Perbuatan jijik seorang lelaki akhirnya terbongkar selepas anak tirinya yang berusia 6 tahun mengadu sakit pada bahagian kemaluan.
Artikel Berkaitan: Baru Kahwin 9 Bulan, Suami Influencer Kantoi Cabul Pelajar Sekolah?
Artikel Berkaitan: Ibu Tunggu Di Luar Bilik Sementara Anak ‘Diratah’ Pengetua Sekolah
Dicabul bapa tiri
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Detik, suspek yang berusia 37 tahun itu tergamak mencabul anak tirinya ketika isterinya keluar bekerja.
Difahamkan ketiga-tiga beranak itu menetap di sebuah rumah sewa di Kecamatan Blega, Indonesia.
Menurut wakil pihal polis, penahanan suspek dilakukan selepas ibu mangsa tampil membuat laporan berhubung kejadian.
Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas anaknya menangis sebelum mengadu sakit pada bahagian kemaluan. Setelah diperiksa ternyata terdapat kesan kemerahan.
Mangsa memberitahu dia dicabul oleh suspek dan suspek juga telah mengaku.
Suspek mendakwa baru pertama kali dia melakukan pencabulan terhadap anak tirinya itu. Siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan.
Sumber: Detik