berita

Budak Ketagih Tonton Video Viral Skibidi Toilet Boleh Rosakkan Perkembangan Otak

August 3rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Skibidi Toilet

Foto: FB Najwa Ayub

Tular baru-baru ini video kartun Skibidi Toilet yang majoritinya ditonton oleh kanak-kanak di laman YouTube.

Kartun tersebut menampilkan karakter-karakter kepala lelaki yang timbul dari mangkuk tandas sambil bernyanyi.

Artikel Berkaitan: Konten ‘Prank’ Tangkap Basah, Hamil & Pergaulan Bebas, Netizen Kecam YouTuber Tak Jaga Ikhtilat

Artikel Berkaitan: Padah ‘Prank’ Individu Tak Dikenali, YouTuber Cedera Parah Ditembak Di Bahagian Perut

Ketagihan dalam kalangan kanak-kanak

Skibidi Toilet

Foto: FB Najwa Ayub

Menerusi hantaran seorang pengguna Facebook (FB) iaitu Najwa Ayub, dia berkongsi lukisan seorang kanak-kanak tadika yang melakar karakter-karakter kartun tersebut.

Dia kemudian meluahkan kerisauan tentang fenomena berkenaan yang didakwa boleh memberi kesan buruk terhadap perkembangan otak kanak-kanak.

Anak-anak dibawah umur tujuh tahun ini, ‘impulse control’ dia baru nak berkembang, dan memang segment pasaran untuk YouTubers sasar untuk dapat wang dengan mudah.

Buat konten yang tak perlu masuk akal pun, janji konten mesti boleh bagi ketagihan untuk anak-anak kecil ini tengok ulang-ulang banyak kali.

Untuk kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun, video-video ini sangat bahaya untuk perkembangan otak mereka.

Menurut wanita itu lagi, mereka yang tidak bertanggungjawab mencipta kandungan berkenaan semata-mata untuk mewujudkan ketagihan dalam kalangan kanak-kanak.

Mereka siap ada algorithm/formula untuk mencipta kandungan bagi mewujudkan ketagihan kanak-kanak bawah tujuh tahun.

Pantau tontonan video

Skibidi Toilet

Foto: FB Najwa Ayub

Sementara itu, dia turut menitipkan pesanan supaya ibu bapa lebih peka dan sentiasa memantau video yang ditonton anak-anak mereka.

Alhamdulillah anak tadika yang lukis karakter Skibidi Toilet ini diberi ruang untuk ekspres apa yang ada di fikiran.

Dengan melukis, ia membantu anak ini untuk cuba memahami maksud video itu dan cara bagaimana video itu memberi kesan kepadanya secara mental. Ada ruang untuk dia meluahkan.

Untuk anak yang tak ada ruang untuk meluahkan dan hanya berulang kali menonton video sama sepanjang hari bagaimana pula?

Sumber: Facebook Najwa Ayub

SKIP THIS AD ×