Masih lagi kecoh di laman sosial membincangkan isu mengenai video prank yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan ‘sogokan’ RM20,000 untuk meninggalkan teman lelakinya. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai hal tersebut.
Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin dan Da’i Wan Dazrin juga mempunyai pandangan sendiri susulan video prank itu.
Prank yang ada unsur penipuan
Menerusi Instagram PU Amin menjelaskan bahawa budaya prank tersebut dilarang dalam agama Islam, walaupun sekadar menarik orang untuk menontonnya. Tambah PU Amin, dia hanya menyampaikan pesanan dan terpulang kepada semua yang membaca untuk menerima dan menilainya sendiri.
Tak payah nak test-test
View this post on Instagram
Sementara itu, Da’i Wan Dazrin menyifatkan tindakan individu yang melakukan ekperimentasi bagi menguji tahap kesetian pasangan masing-masing adalah tidak wajar.
Ini kerana ujian untuk menempuh ke sebuah ikatan perkahwinan itu sebenarnya sudah tersedia buat mereka daripada Allah, tanpa perlu ujian buatan manusia.
Sumber: PU Amin, Da’i Wan Dazrin