Kejadian aneh menggemparkan penduduk Indonesia apabila mayat yang sudah disahkan meninggal dunia kembali hidup semula di dalam keranda. Kematiannya itu dimaklumkan oleh isteri mangsa sendiri.
Artikel Berkaitan: Mayat ‘Hidup’ Semula Selepas 7 Jam Disahkan Meninggal Dunia Oleh Doktor
‘Nafasnya ada’
Menerusi laporan Suara.com, mangsa menerima rawatan kerana sakit di hospital sekitar wilayah Jakarta sebelum disahkan meninggal dunia. Kemudian dia dibawa oleh keluargnya untuk dikebumikan di Bogor.
Pihak keluarga masih tidak mempercayai khabar yang diterima dan bertindak membuka keranda mayat tersebut.
Salah seorang daripada ahli keluarga sengaja membuka keranda itu semula kerana ingin mengetahui dengan lebih jelas punca kematiannya, namun, dia (si mati) tiba-tiba bergerak. Nadinya masih normal dan nafasnya ada.
Tambah AKBP Iman Imanuddin, mayat yang hidup kembali itu segera diambil tindakan perubatan dan dipindahkan ke Hospital Kota Bogor untuk rawatan seterunya.
Rentetan itu, Ketua Pengarah Hospital Daerah Kota Bogor, Ilham Chaidir menyatakan mangsa kini dalam keadaan lebih baik. Dia mempunyai tidak balas tetapi masih tidak dapat berkomunikasi tentang hal yang terjadi atas dirinya.
Sumber: Suara.com