berita

Mayat ‘Hidup’ Semula Selepas 7 Jam Disahkan Meninggal Dunia Oleh Doktor

November 22nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Pelik tapi benar! Itulah ungkapan sesuai digunakan bagi mayat seorang lelaki yang dikatakan ‘hidup’ semula selepas disahkan meninggal dunia oleh doktor.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kematian, Pemandu Ambulans Terakam Entiti Misteri Bila Sampai

Artikel Berkaitan: Misteri Rumah Agam Mewah Ditinggalkan Pemilik Cetus Misteri, Penuh Barangan Mewah & Tidak ‘Disentuh’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Je Nak Tegur Tapi Teringat Jiran Baru Meninggal Dunia 7 Hari Lepas…

Mayat hidup semula

Foto: IndiaTimes

Menerusi laporan yang dipetik daripada IndiaTimes, lelaki yang dikenali sebagai Sreekesh Kumar berusia 40 tahun, dikatakan telah disimpan selama tujuh jam di dalam peti sejuk jenazah. Difahamkan lelaki ini telah dilanggar oleh sebuah motosikal yang dipandu laju sebelum dia dikejarkan ke hospital pada malam Khamis yang lalu.

Bagaimanapun ketika tiba di hospital, doktor yang bertugas didakwa mengesahkan lelaki ini sudah meninggal dunia sebelum memasukkan ‘jasadnya’ ke dalam peti sejuk bilik mayat bagi tujuan bedah siasat.

Kakak ipar terperasan sesuatu

Sekadar gambar hiasan

Selepas tujuh jam kemudian, kakak ipar kepada lelaki ini dikatakan ‘terperasan’ jenazah tersebut bergerak selepas menandatangani dokumen sebagai persetujuan bagi menjalankan bedah siasat.

Susulan daripada itu, ahli keluarganya bertindak mengerumuni jasad tersebut dan memanggil doktor dan pihak polis. Kini, lelaki itu telah pun dikeluarkan dari peti sejuk dan dipindahkan ke Pusat Kesihatan Daerah Meerut dan keadaannya dilaporkan semakin pulih.

Sumber: IndiaTimes

SKIP THIS AD ×