Foto: Reuters
Minggu ini tular satu video memaparkan seorang penumpang yang membuka pintu kecemasan sebuah pesawat ketika ia sedang bersedia untuk mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu, Korea Selatan.
Artikel Berkaitan: Tak Sedar Sedang Hamil, Wanita Bersalin Dalam Tandas Pesawat
Beberapa penumpang alami kesukaran bernafas
Memetik laporan Rueters, pesawat yang membawa hampir 200 penumpang itu sedang menghampiri landasan lapangan terbang berkenaan.
Difahamkan, ketika pesawat berada di ketinggian 200 meter dari atas tanah, seorang penumpang yang duduk berhampiran pintu keluar kecemasan bertindak membuka pintu tersebut secara manual dengan menyentuh tuil pintu.
Insiden tersebut telah menyebabkan beberapa penumpang mengalami kesukaran bernafas dan menyebabkan beberapa orang dibawa ke hospital selepas mendarat.
Dalam pada itu, Polis Daegu mengesahkan bahawa pihak mereka telah menahan seorang lelaki berusia 30-an untuk disoal siasat.
‘Tak selesa, nak cepat turun’
Foto: Reuters
Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Lee, dia memberitahu pihak polis bahawa dia berasa tidak selesa ketika berada dalam pesawat berkenaan dan bertindak membuka pintu keluar kecemasan tersebut.
Saya berasa tidak selesa dan sesak nafas jadi saya mahu cepat turun.
Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan keadaan di dalam pesawat yang huru-hara selepas lelaki berkenaan bertindak menyentuh tuil sehingga menyebabkan pintu keluar kecemasan pesawat tersebut terbuka.
Apabila pesawat berada sekitar 200 meter di atas tanah, seorang penumpang yang duduk berhampiran pintu keluar kecemasan “membuka pintu secara manual dengan menyentuh tuil.
Video: Sosial Media
#malaysiagazette #mgnews #kapalterbang #pesawat #pintukecemasan… pic.twitter.com/uGyPbrtZ51
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) May 26, 2023