berita

Bukan Kaleng-Kaleng! Sofyank Jalani Penggambaran Dengan Hero Ant-Man

February 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Bakat unik Sofyank dalam suntingan kesan khas visual telah membuka satu lagi peluang baharu untuknya apabila dia dijemput untuk ke Australia bagi pengambaran video bersama hero-hero filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, Paul Rudd dan Jonathan Majors.

Artikel Berkaitan: Isu Lesen FINAS, Sofyank Harap Kerajaan Tak Sekat Kreativiti Anak Muda

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Remake’ Video 10 Tahun Lalu, Skil Editing Sofyan Memang Padu!

Dijemput oleh pihak Disney

Sofyank menerusi ciapan di Twitter menyatakan bahawa rezeki yang tidak disangka-sangka itu menjadi kenyataan apabila pihak Disney sendiri yang menjemputnya.

Alhamdulilah saya dijemput oleh pihak Disney untuk shoot content magic dengan diorang, tiada bayaran yang perlu saya keluarkan untuk shoot.

Terdahulu di laman sosial Instagram (IG), Sofyank sebelumnya telah memuat naik beberapa hantaran bahawa dia akan bekerjasama dengan dua orang selebriti lelaki dan meminta peminat untuk meneka siapakah mereka.

Ramai ucap tahniah

Menjengah di ruangan komen ramai warganet yang menzahirkan keterujaan mereka dan mengucapkan tahniah kepada Sofyank kerana pencapaiannya kini bertaraf antarabangsa.

Untuk rekod, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian sebelum ini telah menghasilkan kandungan video bersama Ryan Reynolds dan Will Smith. Hasil video yang telah disunting dengan kesan khas bersama pelakon-pelakon terkenal Hollywood ini telah meraih tontonan yang ramai di media sosial.

Sumber: Instagram Sofyank96, Twitter Sofyank96

SKIP THIS AD ×