Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abddullah sebelum ini mengenai permohonan mengenai lesen penggambaran mengundang reaksi ramai. Beliau bagaimanapun telah tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung perkara itu.
Artikel berkaitan: ‘Saya Hanya Menerangkan Akta Sedia Ada’ – Isu Lesen Penggambaran FINAS, Ini Penjelasan Menteri
Selain penggiat seni, isu ini turut mendapat perhatian pencipta kandungan video media sosial di Malaysia antaranya Sofyank. Sofyank yang pernah beberapa kali bekerjasama dengan artis antarabangsa melalui pembikinan video unik menyifatkan arahan terbaru kerajaan ini bakal menyekat kreativiti mereka.
Mula edit umur 14 tahun
Sy start edit video masa berumur 14 tahun,rekod video guna camera drpd laptop(webcam), masa tu hanya boleh pakai laptop 2 kali sebulan sbb tggu kakak pulang drpd universiti.. simpan duit belanja sekolah Rm2(sejam) utk pergi ke cyber cafe sebab nk download tutorial drpd youtube https://t.co/VqdlOcopHx
— sofyank96 (@sofyank96) July 23, 2020
Sofyank respon sebuah video yang dimuatnaik Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq di laman Twitter susulan isu agar pihak kerajaan mengkaji semula keperluan lesen FINAS. Perkara itu secara tidak langsung memberi kesan kepada bakat-bakat muda yang mempunyai kreativiti besar untuk menghasilkan contents di aplikasi Youtube, TikTok, Facebook dan Instagram.
Dia bagaimanapun berkongsi cerita sewaktu mula berjinak dalam dunia content creator di Youtube sejak berusia 14 tahun. Ketika itu, dia hanya menggunakan kamera yang ada di laptop sahaja iaitu webcam. Juga menjadi kekangan apabila hanya dua kali sebulan sahaja dia boleh meminjam laptop milik kakaknya itu.
Dia juga banyak meluangkan masa di pusat internet untuk menonton dan muat turun video tutorial kesan visual di laman Youtube.
Struggle bila tiada equipment
Pada pendapat peribadinya, tidak dinafikan memang sukar sekiranya mana-mana content creator yang tidak mempunyai peralatan penggambaran lengkap.
Bagi memiliki peralatan penggambaran lengkap juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jadi, secara tidak langsung anak-anak muda turut terkesan ekonomi mereka sekiranya perlu membayar lesen dengan harga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk menghasilkan video pendek.
Tambahnya, isu pemilikan lesen penggambaran FINAS ini berpotensi mematahkan semangat anak-anak muda yang ingin berkarya dengan kreativiti mereka. Sofyank juga berharap agar diberi peluang kepada anak-anak muda untuk terus berkarya seiring dengan bakat dan kreativiti mereka.
Sumber: Sofyank96