berita

Bukan Maserati, Tapi Audi A5 – Zul Ariffin

October 21st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-10-21 at 11.20.58 AM

Ingat lagi tak kami pernah memaparkan mengenai foto Zul Ariffin dengan kereta mewah Maserati? Kata Zul, kenderaan yang dibeli itu sebenarnya adalah Audi A5.

Artikel Berkaitan : Foto Zul Ariffin Dengan Kereta Mewah Maserati Terbaru Miliknya?

Tak kisahlah Maserati atau Audi A5, kedua-duanya merupakan kereta mewah tahu tak! Maka, kami selaku masyarakat marhaen hanya mampu menelan air liur dengan pengakuan Zul.

Terperanjat kami apabila Zul memberitahu dia sanggup menjual trak dan superbike miliknya semata-mata untuk memiliki kenderaan baru. Kalau kami, memang tak dapat lah jepp!

Screen-Shot-2014-10-15-at-12.14.02-PM

Saya tak minat pun Maserati. Kalau Gaya (Gayatri) nak beli, baik dia beli untuk diri dia sebab dia yang minat kereta itu.

Sebenarnya Gaya yang dulu muat naik gambar kereta tu di Instagramnya. Kebetulan minggu lalu saya beli kereta baru dan kakak saya turut memuat naik gambar kereta saya tu di Instagram.

Mungkin kerana gambar yang kakak saya upload itu nampak sama macam gambar yang Gaya letak di Instgram dia. Walhal saya beli Audi A5 bukan kereta yang dihebahkan-hebahkan tu dan saya beli dengan duit saya sendiri. Sebelum ini saya mempunyai sebuah Myvi, sebuah trak dan superbike. Saya jual trak dan superbike untuk beli kereta baru itu.

Bertuah betul kau dik! Ada juga rezeki nak pakai kereta baru. Bukan calang-calang orang boleh beli Audi A5 tau. Price range dia hampir RM400,000 okay!

Lepas ni, kalau nampak Zul di mana-mana, ada lah peminat yang buat-buat pengsan nak tumpang kereta Zul. Eh?!

Sumber : Malaysian Digest

Kredit Foto : Instagram Zul Ariffin

SKIP THIS AD ×