berita

‘Bukan Nak Kurus Macam Dinding Pun’ – Dikecam Edit Gambar Gemuk, Ini Respon Uqasha Senrose

November 21st, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Nampaknya, penampilan terkini Uqasha Senrose yang kelihatan ‘berisi’ terus menjadi bualan hangat netizen. Selepas memuat naik foto ootd di laman Instagram dua hari lepas, pelakon utama ‘Tundukkan Playboy Itu’ menerima pelbagai kecaman netizen yang mengkritik kemahiran mengeditnya sebagai keterlaluan sehinggakan fizikal tiang pintu dan tingkap turut sama dibuatnya untuk tampil ‘runcing’.

Menjelas isu tersebut, aktes popular itu akui kepada Media Hiburan bahawa dia ada mengedit foto berkenaan. Ditanya mengapa, Uqasha menjelaskan tindakannya itu sebenarnya dipengaruhi netizen yang seringkali melabelnya ‘gemuk’ sejak kebelakangan ini.

‘Gambar sebelum, selepas takdela beza mana pun’

Kita kan ada yang panggil gemuk jadi saya edit sikit je pun untuk bagi nampak ramping. Kalau nak diikutkan, gambar sebelum dan selepas tidaklah banyak beza mana. Bukan nak kurus macam tiang dinding pun.

Pada masa yang sama, aktres itu turut melontarkan kata-kata pedas terhadap individu yang sanggup ambil masa edit balik gambar sebelum dan selepas ia dimuat naik.

Yang buat before dan after tu pun gigih, macam tiada kerja lain. Apa pun, saya okay sahaja sebab haters gonna hate always. Ada saja kesalahan yang akan dicari.

Sabarlah Uqasha, kalau kurus pun salah, gemuk pun salah . Tidak kisahlah gemuk ke kurus, Uqasha tetap lawa!

Sumber: Media Hiburan

SKIP THIS AD ×