berita

‘Bukan Saya Cari Video Itu’ – Ahmad Idham Jawab Dakwaan Kantoi ‘Like’ Video Lucah

September 13th, 2017 | by Wan
Isu & Kontroversi

Selepas hangat dengan isu kutipan filem Pencuri Hati Mr.Cinderella yang kurang memberansangkan, nama Ahmad Idham sekali lagi terpalit dengan kontroversi. Kali ini Ahmad Idham didakwa kantoi ‘like’ video pelakon lucah antarabanga di Twitter. Betul ke?

Berikut respon Ahmad Idham.

Bohong kalau tak pernah tonton

Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak… rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh.

Dakwa Ahmad Idham, dia tidak pernah berniat untuk mencari video tersebut namun mungkin perkara ini berlaku apabila dia menerima pelbagai bahan atau pautan daripada pengguna media sosial.

Malas nak layan

Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.

Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet sahaja.

Sumber : mStar

SKIP THIS AD ×