Isu kejadian rogol yang melibatkan mangsa dan perogol kembali menjadi perdebatan dalam kalangan artis dan netizen. Isu ini mula dikupas oleh penyanyi Fynn Jamal dan turut dibincangkan oleh beberapa artis termasuk Caprice.
Terbaru, hujahan Fynn Jamal yang menyifatkan perempuan sengaja ‘membuka’ nafsu lelaki disebabkan penampilan mereka dan dimuat naik ke media sosial telah mendapat perhatian pelakon Wardina Safiyyah. Fynn Jamal dan Wardina sempat berkongsi pandangan peribadi melalui IG Live.
Isu rogol sangat kompleks
I love how Wardina slams Fynn Jamal this morning. Rape thing is complex. You cannot mix covering aurat with rape issue. ? pic.twitter.com/tH4oPGD2Dj
— Kefli Nawawi (@kefli_nawawi) June 29, 2020
Menerusi Live IG itu, Wardina menyifatkan Fynn Jamal melontarkan pandangan kurang tepat mengenai jenayah rogol sehingga kenyataan tersebut mengundang kemarahan netizen.
Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah.
Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini.
Orang lelaki kena jaga iman sendiri
Sambungan… pic.twitter.com/GdQEgfPZyv
— Kefli Nawawi (@kefli_nawawi) June 29, 2020
Setelah mendapat nasihat daripada Wardina, Fynn Jamal memohon maaf atas kenyataan yang pernah dikongsinya sebelum ini.
Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol. Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenyah itu antaranya faktor psikologikal.
Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun.
‘Elakkan dari punca fitnah’
Another sambungan.. She was completely messy. You guys pergi la kat post Fynn. She posted earlier today for full discussion. pic.twitter.com/RqziMaG1t3
— Kefli Nawawi (@kefli_nawawi) June 29, 2020
Wardina turut menyelar kenyataan Fynn Jamal mengenai isu ikhtilat (percampuran antara dua jantina di dalam tempat yang sama) seperti yang dibangkitkan sebelum ini.
Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi jangan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri. Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar.
Sumber: Kefli Nawawi, Fynn Jamal