berita

Bukti Cinta Hingga Hujung Nyawa! Suami Hadiahkan Isteri Bulan Sempena Hari Jadi

September 9th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Lelaki Hadiahkan Isteri Bulan

Seorang lelaki yang menetap di Barat India melakukan kejutan buat isterinya apabila menghadiahkan bulan sempena hari jadi wanita tersebut.

Artikel Berkaitan: Suami Beri Intan Najuwa Kuda Putih Sempena Hari Jadi – ‘Hadiah Yang Paling Terbaik’

Bukti cinta sejati

Lelaki Hadiahkan Isteri Bulan

Memetik laporan portal Wion News, lelaki yang dikenali sebagai Sanjay Mahato itu menunaikan janji yang dibuatnya sebelum ini dengan cara membeli sebidang tanah di bulan dengan harga sebanyak 10,000 rupee (RM562.59) dan menamakan tanah tersebut atas nama isterinya itu.

Difahamkan, Sanjay mendapat ‘inspirasi’ untuk membeli bulan tersebut selepas melihat kejayaan misi Chandrayaan-3, iaitu misi penerokaan bulan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Angksa India.

Demi untuk merealisasikan impian isterinya itu, Sanjay mendapatkan pertolongan daripada Luna Society International.

Saya membeli satu ekar tanah di Bulan untuknya (isteri) dan saya telah menerima dokumen menyatakan tanah tersebut telah pun menjadi milik isteri saya.

Dalam pada itu, Sanjay mendedahkan bahawa bulan merupakan satu elemen penting dan sangat istimewa dalam kisah percintaannya dengan isteri.

Mereka akan duduk di taman hampir setiap malam sambil merenung ke arah bulan dan berkongsi segala detik romantis mereka bersama.

Sumber: Wion News

SKIP THIS AD ×