Di Instagram, penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) memberitahu bahawa dirinya disahkan positif Covid-19. Selain berkongsi mengenai berita tersebut, Bunga sempat memuat naik beberapa foto mengenai keadaanya ketika berada di sebuah hospital di Indonesia.
Artikel berkaitan: ‘Tolong Hormat Arwah Ashraf’ – Foto Bunga Citra Lestari Pakai Bikini ‘Ungu’ Jadi Bualan Netizen
Artikel berkaitan: Bunga Citra Lestari Bangga Filem Terakhir Arwah Ashraf Sinclair Bakal Ditayangkan
Jalani proses kuarantin
Saya baru dapat keputusan hari ni dan hasil ujian tersebut mendapati saya positif Covid-19. Oleh itu, saya sedang menjalani proses kuarantin. InsyaAllah saya akan sembuh tidak lama lagi.
Menurut Bunga, dia baru sahaja menerima keputusan swab test hari ini. Sebagai manusia biasa, dia berasa terkejut dan bertindak dengan segera untuk mengasingkan diri buat sementara waktu bagi menjalani proses kuarantin di rumah. Bunga turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri daripada terkena jangkitan wabak tersebut.
Tolong jaga diri sendiri dan keluarga tersayang. Pada masa yang sama, pastikan korang membina sistem imun yang baik. Jangan pandang remeh okay. Semoga kita berjumpa lagi.
Ujarnya lagi, wabak ini sangatlah bahaya dan masyarakat perlu pandai menjaga diri. Tambah Bunga, dia akan kembali pulih tidak lama lagi.
Keep strong!
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis mendoakan semoga Bunga segera sembuh. Di samping itu, mereka turut berharap Bunga akan kembali kuat selepas berjaya melawan wabak tersebut. Selain rakan artis, ibu mentua Bunga iaitu Dida Sinclair turut mendoakan agar menantunya itu kuat dan kembali sihat.
Sumber: Bunga Citra Lestari