Penyanyi dan juga pelakon kelahiran Indonesia, Bunga Citra Lestari mendedahkan dia tidak mempunyai perancangan untuk memiliki cahaya mata bersama suaminya, Tiko Aryawardhana.
Artikel Berkaitan: Bunga Citra Lestari Tunai Umrah Bersama Suami & Anak Sempena Tahun Baharu – ‘Terima Kasih 2023’
Umur semakin meningkat
Menerusi laporan Tribun Kaltim, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL memberitahu dia tidak bercadang untuk menambah anak lagi.
Perkara ini dikongsi oleh BCL ketika dia menjadi tetamu jemputan bagi sebuah rancangan podcast di Youtube.
Menurut penyanyi berusia 40 tahun itu, dia membuat keputusan sebegitu kerana umurnya yang sudah semakin meningkat.
Malah, BCL juga bimbang sekiranya dia mengandung pada usianya yang sekarang, ia boleh menjejaskan kesihatannya.
Tambahnya lagi, apabila wanita berumur 35 tahun ke atas, mereka sudah mempunyai risiko untuk mengandung.
Tidak, nampaknya berisiko jika saya sudah empat puluh. Umur 35 hingga 40 sudah berisiko untuk mengandung
Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak iaitu Noah yang kini berumur 13 tahun.
Sehinggalah pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sumber: Tribun Kaltim