Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari memilih untuk membuka lembaran baharu bagi tahun 2024 dengan menunaikan ibadah umrah bersama suami, Tiko Aryawardhana.
Artikel Berkaitan: Aishah Sinclair Terharu BCL Minta Jadi ‘Bridesmaid’ – ‘Umum Lihat Dia Kuat, Di Sisi Lain Dia Lemah’
Bawa anak & ibu ke Mekah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), Bunga meluahkan rasa syukurnya apabila berpeluang dijemput ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada hari pertama bagi tahun 2024.
Alhamdulillah, ibadah umrah di malam terakhir pada tahun ini.
Terima kasih 2023, tahun yang paling menakjubkan. Selamat tahun baharu.
Dapat dilihat, Bunga yang mesra dipanggil BCL turut membawa anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair dan ibunya, Emmy Muchlis.
Sebelum ini, suami pertama kepada BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pernah meluahkan hasratnya untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anaknya namun tidak kesampaian selepas Asyraf menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.
Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak iaitu Noah yang kini berumur 13 tahun.
Sehinggalah pada 2 Disember lalu, BCL selamat mendirikan rumah tangga dengan Tiko yang juga seorang duda di sebuah resort di Bali selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.
Sumber: Instagram