Penyanyi muda dan berbakat, Bunga Isme meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberikan untuk menjadi artis pembukaan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada November ini.
Artikel Berkaitan: Demi Konsert Coldplay, Pemuda Sanggup Jual Peti Sejuk & Telefon Bimbit Nak Beli Tiket Paling Mahal
Artikel Berkaitan: Tiket Konsert Coldplay Jadi Mas Kahwin Buat Isteri
Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay Berkemungkinan Ditambah Sehari Lagi
Bunga sebagai pembuka konsert!
Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari meluahkan keterujaannya menjadi sebahagian untuk konsert kumpulan muzik terkemuka dunia.
Tambahnya lagi, dia masih memikirkan konsep persembahan untuk memberi yang terbaik.
Sejujurnya, ini persembahan event yang paling besar Bunga yang melibatkan puluhan ribu orang. InshaAllah, team Bunga dan Bunga sendiri akan buat yang terbaik, akan usaha lebih untuk yang terbaik.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Intan Payung’ memohon doa dari orang ramai agar dipermudahkan urusannya untuk memberi persembahan yang terbaik.
Free jumpa Coldplay
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan daripada rakan artis turut teruja dan mengucapkan tahniah kepada penyanyi berusia 23 tahun itu. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang cemburu kerana Bunga dapat bertemu dan melihat kumpulan rock popular dari Britain secara percuma.
Sumber: Instagram @bungaisme