berita

Buruan Polis Jamal Yunos Tiba Dari Indonesia

July 5th, 2018 | by faris
Kini Trending

Astro Awani pada Isnin melaporkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos ditangkap selepas menggunting rambut oleh Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Artikel berkaitan: Sebulan ‘Ghaib’, Jamal Yunos Dicekup Ketika Sedang Gunting Rambut

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlepas ke negara jiran itu untuk membawa pulang Jamal bagi menjalani proses pengadilan.

Tiba di Mahkamah Majistret Ampang

Menurut New Straits Times, Jamal tiba di Mahkamah Masjistret Ampang dengan kawalan ketat pihak polis. Dia dijangkan akan didakwa atas tuduhan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam.

Kesalah di bawah Seksyen 224 itu boleh membawa hukuman penjara 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tersenyum pada wartawan menungggu

Jamal tiba di mahkamah dengan hoodie hitam sekitar jam 3.57 petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Indonesia.

Dia bagaimanapun masih mampu tersenyum kepada media yang menunggu ketibaannya sejak pukul 2 petang lagi.

Jamal dikehendaki oleh pihak berkuasa atas beberapa kesalahan antaranya adalah meninggalkan negara menggunakan jalan haram.

Dia menghilangkan diri dari tahanan polis ketika menjalani rawatan di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu. Mahkamah Majistret Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.

Sumber:New Straits TimesAstro Awani, Berita Harian, 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×