berita

Cabar Netizen Report Polis Dakwaan Ingkar PKP, Anak Zahid Hamidi Dipanggil Bukit Aman

April 24th, 2020 | by faris
Kini Trending

Anak Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah berkongsi foto dia bersama Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Ahmad Masrizal Muhammad di Instagram. Perkara itu menimbulkan kemarahan netizen yang berpendapat Nurul dikatakan ingkar dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kenyataan dirakam pagi tadi

Portal Malaysiakini melaporkan Nurul telah dirakamkan kenyatannya di Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan melanggar PKP. Nurul yang dihubungi portal tersebut mengesahkan berita itu namun enggan memberi kenyataan lanjut.

Kenyataan itu telah dirakamkan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) dan suaminya sekitar jam 11 pagi tadi.

Sampaikan kegusaran dan kerisauan

Selain Ahmad Masrizal, Nurul juga ada bertemu dengan Menteri Agama,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dalam foto dimuatnaik, wanita ini berterima kasih kepada Dr Zulkifli kerana sudi menerima kedatangannya bagi ‘menyampaikan kegusaran dan kerisauan sebahagian kami yang beragama Islam’.

Nurul juga mencabar netizen untuk membuat laporan polis terhadapnya jika dia didapati melanggar PKP seperti didakwa. Malahan dia juga sempat menyindir netizen yang tidak menghentam Caprice yang berjumpa dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba kerana Caprice bukan anak ahli politik.

Sumber: Malaysiakini, Nurul Zahid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×