berita

Cadangan Mansuh Tol, Ganti Dengan Caj Kesesakan Hanya Cadangan, Belum Muktamad Lagi

February 25th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Cadangan kerajaan yang mahu menghapuskan kutipan tol dan menggantikannya dengan caj kesesakan menerima pelbagai reaksi daripada seluruh rakyat Malaysia. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tempoh hari, proses rundingan dengan Gamuda Sdn Bhd untuk mengambil alih konsesi lebuh raya yang mana syarikat itu mempunyai pegangan majoriti, membabitkan empat lebuh raya bertol di Selangor dan Kuala Lumpur telah pun bermula.

Empat lebuh raya yang dimaksudkan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun memberitahu perkara tersebut masih belum dimuktamadkan.

Kena kaji dulu

Menerusi laporan Harian Metro, Azmin Ali menegaskan banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan sesuatu dasar. Cadangan tol percuma selepas waktu puncak bermula pukul 11 malam hingga 5 pagi perlu diperhalusi terlebih dahulu. Tambah Azmin lagi, semua cadangan akan diteliti dan semuanya akan dimuktamadkan oleh pemegang taruh termasuk Gamuda Berhad.

Kita perlu perhalusi kesan pengambilalihan tol kerana untuk mengambil alih syarikat konsesi memerlukan kajian yang menyeluruh.

Saya ada pengalaman di Selangor ketika mengambil alih syarikat konsesi air dan ia mengambil masa yang lama tapi perancangan harus bermula, apabila sudah muktamad, kita akan umumkan.

Ikut kemampuan kerajaan

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkata, pengambilalihan konsesi lebuh raya di tempat lain akan dilaksanakan mengikut kemampuan kerajaan.

Kita tumpukan kepada yang mampu kita lakukan iaitu lebuh raya yang berada di Kuala Lumpur, tetapi kita akan perluaskan di tol tempat-tempat lain.Kita bermula dengan beberapa tol sahaja kerana mengikut kemampuan kita.

untuk membasmi atau menghentikan kutipan tol, kerajaan mesti beli jalan-jalan ini, akan menyebabkan belanja yang besar kepada kerajaan.

Bagi memenuhi manifesto ketika pilihan raya lalu, kerajaan Pakatan Harapan bercadang menghapuskan mekanisme kutipan tol lebuh raya dan sebagai ganti, caj kesesakan diperkenalkan pada waktu puncak selama enam sejam sehari.

Selain itu, kadar tol dihapuskan sama sekali antara 11 malam hingga 5 pagi dan pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×