berita

Caj Tambahan RM5 Kalau Nak Renew Road Tax Di Pejabat Pos Bermula 15 Oktober

October 11th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Desas desus mengenai caj tambahan RM5 bagi memperbaharui lesen cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor akhirnya disahkan oleh Pos Malaysia. Caj tambahan itu akan bermula pada 15 Oktober 2018.

Walaubagaimanapun caj tambahan tersebut hanya akan dikenakan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai sahaja.

Untuk pelanggan korporat sahaja

Orang ramai boleh menarik nafas lega kerana caj tambahan itu tidak akan dikenakan terhadap pelanggan individu.

Pos Malaysia mengambil maklum mengenai gambar notis pengumuman yang tular membabitkan caj tambahan berkenaan.

Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai.

Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu

Sumber: Berita Harian 

SKIP THIS AD ×