berita

Lepas Kena Cubit Mail, Fizi Teresak-Esak Video Call Upin Ipin Minta Maaf

June 2nd, 2020 | by faris
Isu & Kontroversi

Hanya kerana ‘terlepas cakap’ mengatakan pasangan kembar animasi popular Upin dan Ipin tidak dapat masuk syurga kerana tiada ibu, Fizi dikecam hebat sehingga ke Indonesia! Walaupun hanya rancangan animasi, netizen tidak putus-putus menyeru watak Fizi meminta maaf sehinggalah pihak produksi Les Copaque memuatnaik video Fizi meminta maaf.

Video call Upin Ipin minta maaf

Dimuat naik kira-kira sejam lalu, video permohonan maaf Fizi itu telah dikongsikan lebih 16 ribu pengguna dengan hampir 20 ribu likes setakat ini. Dalam video itu, Fizi yang berpakaian baju Melayu Teluk Belanga ungu lembut membuat panggilan video kepada sahabatnya Upin dan Ipin meminta maaf atas keterlanjurannya.

Menurut watak ini lagi, apa yang diucapkan sebelum ini adalah tidak sengaja dan tersalah cakap sehingga mengguris perasaan pasangan kembar yatim berkenaan. Dalam tangisan teresak-esak dia meminta tidak lagi dimarahi oleh netizen kerana telah insaf dengan perbuatan tersebut.

Upin dan Ipin juga turut memaafkan Fizi yang dianggap sebagai sahabat sejati mereka. Video diakhiri dengan ucapan Hari Raya daripada watak Upin Ipin.

Sumber: Les Copaque

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×