berita

Caliph Buskers Tolak Populariti, Mahu Terus Jadi Pemuzik Jalanan

January 20th, 2015 | by Wan
Kini Trending

romano

Nama Caliph Buskers tiba-tiba melonjak naik dan mendapat perhatian rakyat Malaysia setelah berjaya memenangi kategori persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29 menerusi lagu RomanCinta pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan : 7 Perkara Penyanyi Buta RomanCinta Yang Amat Mengejutkan

Peluang yang diberikan oleh Edry Abd Halim ternyata dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka untuk menonjolkan bakat terpendam yang dimiliki walaupun cacat penglihatan. Tidak mahu terbuai dengan kejayaan itu, Caliph Buskers mahu meneruskan rutin harian mereka sebagai pemuzik jalanan.

Muzik Jalanan Jiwa Kami – Caliph Buskers

Memetik laporan mStar, Caliph Buskers memaklumkan bahawa mereka akan terus menjadi pemuzik jalanan. Bagaimapun vokalis kumpulan itu, Azmi Saat berharap masyarakat terus memberikan sokongan kepada mereka.

Tiada sebarang sebab untuk tinggalkan persembahan ‘basking’ dan kami akan teruskan aktiviti macam biasa kerana muzik adalah jiwa kami.

“Malah kami berharap bakat yang ada dapat dikongsi dengan orang lain dan cuma berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemuzik seperti kami.

Edry Mahu Bantu Hasilkan Lagu

gun

Hasrat Caliph Buskers yang sudah lama ingin merakamkan lagu sendiri  akhirnya tercapai apabila Edry meluahkan kesudian membantu mereka menghasilkan single pertama.

Langsung tidak sangka Edry sudi menghasilkan sebuah lagu untuk kami dan Insya-Allah peluang dan kepercayaan itu akan digunakan sebaik-baiknya.

Edry yang pergi menonton sendiri persembahan Caliph Buskers di Jalan Tunku Abdul Rahman tertarik dengan vokal Azmi ketika menyampaikan lagu Romancinta.

Video dibawah pula adalah reaksi ahli kumpulan Caliph Buskers apabila berjumpa dengan idola mereka Amy Search!

SKIP THIS AD ×