berita

Call Tak Angkat, Mesej Tak Reply – Lelaki Ini Terkejut Bila Tunang Tiba-Tiba Pulangkan Cincin & Mahu Kahwini….

October 6th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

tng

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan kisah seorang wanita yang buntu mahu meneruskan perkahwinannya atau tidak bila tunang kantoi main kayu tiga, kali ini lain pula ceritanya.

Artikel Berkaitan : Wanita Ini Buntu Mahu Teruskan Perkahwinannya Esok Atau Tidak Bila Tunang Kantoi Check In Hotel Dengan…

Komen yang diakui sebagai kisah benar oleh lelaki ini sendiri mencuri perhatian ramai dan dikongsi oleh netizen. Mana tidaknya, kisah ini lagi sadis. Tunangnya siap datang bertemu dan beri kad kahwin bersama lelaki lain.

Sungguh menyayat hati!

Tiba-tiba senyap, call tak angkat mesej tak balas

sedd

Pada awalnya lelaki ini tidak menyangka ini yang bakal berlaku. Semuanya bermula apabila si tunang seolah mahu ‘lari’ dan tidak memberikan respon apabila dihubungi.

Namun semuanya bertukar hampa apabila kunjungan tunangannya untuk berjumpa menceritakan segala-galanya.

Aku pernah bertunang dgn org batu pahat…tiba2 tunang aku senyap tiba2…msj xbalas call xangkat..katenye tgh serabut..nak bersendiri dulu…
Aku respect n aku biarkan…
Kdg2 je aku wasap tanye kabar..tu pun skali pun die xpnh reply..

Satu hari dia ckp nak dtg kampung aku sehari dua…
Aku dgn gembiranya ckp ok nnt aku bwk jalan2…

Hari pertama…aku bawak jalan2 g karaoke semua…pegi masjid…
Hari kedua…tgn dia menggeletar2 hulur kad kawen n cincin tunang kami kat aku

Tunang mahu kahwin dengan bekas kekasih lama

bur

Rupanya tunangnya itu bakal berkahwin dengan lelaki lain yang merupakan kekasih lama dan seorang ahli perniagaan.

Nak taknak, terpaksa dilepaskan.

Korg boleh bayang x cmne perasaan bila tunang sendiri hulur kad kawen dia yg seminggu lg nak berlangsung…
Aku sabar…dia nak kawen..utk mengelakkan dia dan bakal suami dia terus berdosa aku rela lepaskan ikatan tunang tu..

Yang best…aku pergi kenduri kawen dia dgn family aku…
Aku dpt tau yg suami dia biznezman kaya…dah belikan rumah n kete utk dia n dah setup satu company utk dia jalankan..(actually suami ni exbf die dulu)

Tak pernah marah, tak pernah halang nak kawan dengan siapa

tnggg

N mase tu baru la aku tau..kwn2 dia yg jgk kawan2 aku bgtau yg mase die dtg kampung jumpa aku tu…dia dah pun menikah mase tu….

Antara silap aku…aku xpenah marah dia..aku xpenah halang dia nak kawan dgn sape pun…n aku xmtk dia putuskan silaturrahim dgn ex dia bila dia ckp ex dia msj dia balik dulu…
Itu kesilapan aku….

Dan ini penjelasan daripada lelaki itu sendiri setelah kisahnya menjadi viral. Moga dijadikan pengajaran.

Screen Shot 2015-10-06 at 12.46.37 AM

Sumber : Drake Fang

SKIP THIS AD ×