Selebriti media sosial, Caprice memberitahu satu pertemuan bersama Bella Astillah, Aliff Aziz, Ruhainies dan wanita bernama, Sarah Yasmine sepatutnya diadakan di kediaman miliknya, pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: Emma Maembong Mengaku Diri ‘Kepochi’ Menyibuk Isu Bella Astillah – ‘Saya Voice Note Ruhainies, Tanya Khabar Angin Betul Tak’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Diuji Macam Ni, Mungkin Saya & Awak Kurang Ingat & Berharap Pada Allah’ – Aliff Aziz
Perjumpaan tergempar
Bagaimapun, menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, perjumpaan tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir selepas mendakwa ada pihak yang cuba sabotaj dirinya.
Kata Caprice, perjumpaan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan konflik yang sedang berlaku antara selebriti berkenaan selain mendakwa mereka bersetuju untuk berdamai.
Saya berjaya dapatkan Ruhainies dan Aliff untuk berjumpa dengan Bella serta Sarah secara peribadi pagi esok (pagi Khamis).
Sepatutnya semua pihak bersedia berdamai dan selesaikan jam 11 pagi dekat rumah saya. Tiba-tiba ada pihak cancel atau sabotaj saat akhir.
Caprice memaklumkan mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Rentetan itu, Caprice berkata dia terpaksa mengundurkan diri dan melupakan niat asalnya untuk membantu mereka.
Saya tarik diri untuk tolong mereka. Minah Singapura (Sarah) itu juga yang awal-awal minta tolong saya.
Terdahulu, wanita yang mengaku kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan mesej perbualan antara aktor itu dengan aktres, Ruhainies.
Dalam pendedahan tersebut, dapat dilihat dua selebriti berkenaan merancang untuk menjatuhkan Bella selain mengeluarkan kata-kata hinaan kepadanya.
Sumber: Instagram