Isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis kesal dan berang apabila menerima komen berbaur hinaan di akaun media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Kiss Pun’ – Caprice Dedah Mesej Sejak Oktober 2019, Pendakwah Selebriti Terlebih ‘Manja’ Dengan Mangsa?
Artikel Berkaitan: Tular Isu Ebit Lew Bantu ‘Gelandangan’ Bertatu Dari Indonesia, Caprice Beri Amaran – ‘Jangan Sampai Cap Mula Balik’
Mulut kalah perempuan
Menerusi Instagram Stories, Farra mendedahkan dia dilabel sebagai ‘pelacur Vietnam’ oleh seorang lelaki di ruangan komen gara-gara penampilan dirinya yang belum sempurna menutup aurat.
Tidak mendiamkan diri, Fara menasihati individu itu untuk tidak menjadi ‘mak cik bawang.’
Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang. Aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu.
Berdasarkan perkongsian itu, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan penampilan Farra selain menekankan kewajipan berhijab.
Mencemarkan imej Islam? Habis tu yang tak pakai tudung? Warna pula rambut itu. Posing sana sini pakai baju tak cukup kain? Apa pulak itu? Set-set dah macam pelacur Vietnam.
Menaikkan imej Islam ke? Benda tak payah nak cakap tudung atau tidak. Tu soal dia punya perangai. Tudung sah benda wajib jaga.
Sapa hang panggil macam set pelacur?
Sementara itu, Caprice, 34, tampil mempertahankan maruah isteri dengan memohon orang ramai yang mengenali lelaki itu untuk menggesanya menghubungi di aplikasi WhatsApp.
Untuk rekod, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu pada November 2021.
Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Sumber: Instagram