berita

[VIDEO] Netizen Suruh Ulas Kes PU Azman, Caprice Kata Tak Elok Buka Aib

July 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

PU Azman

Penyanyi rap Caprice menmberitahu dia menerima banyak kiriman mesej peribadi (DM) yang meminta dirinya untuk mengulas mengenai kes jenayah seksual membabitkan Pencetus Ummah (PU) Azman.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Percaya..Seorang Ustaz Tak Akan Buat Benda Maksiat Seperti Ini’ – Bapa Mangsa

Tak boleh kecam

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Caprice menyatakan dia tidak boleh ‘sentuh’ PU Azman yang cukup dikenali dengan keperibadian mulia serta berilmu agama.

Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, tak ‘manis’ membuka pekung atau aib PU Azman.

A lot guys DM saya like crazy. Muka macam ini (gambar PU Azman ) kita tak boleh kecam atau sentuh. Dikenali, berpakaian sopan, seorang Pencetus Ummah (PU) kita tak boleh kecam.

Kalau set set pelangi (LGBT) boleh kecam, yang hina agama boleh kecam. Dan set-set hina agama Islam dan kita punya profit, boleh kecam.

Kalau gaya dan nama macam ini, minta maaf guys tak boleh kecam dan sentuh. Its called aib. Insya-Allah.

Difahamkan, seramai 26 saksi dijangka dipanggil sepanjang perbicaraan kes yang ditetapkan sehingga 28 Julai.

Terdahulu iaitu pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan, Nilai pada 6 Julai tahun lalu. Selain itu, tertuduh tidak mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan lain berhubung kesalahan jenayah seksual di Mahkamah Ampang, Klang dan Shah Alam.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×