berita

Caprice Jadi Daddy ‘Segera’, Peminat Pesan Jaga Amanah Allah Dengan Baik – ‘Sayangi Dia Sepenuh Hati’

November 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi rap Caprice telah mengejutkan ramai orang apabila melangsungkan perkahwinan dengan seorang ibu tunggal, Farra Inalis tanpa memberi sebarang petunjuk.

Tidak membiarkan terus kecoh di media sosial, Caprice tampil memperkenalkan isterinya kepada umum menerusi sebuah video perkahwinannya di Instagram.

Artikel berkaitan: Tahniah! Caprice Pilih Wanita Kelantan Jadi Isteri

Artikel Berkaitan: Muat Naik Video ‘Hari Bahagia’ Di IG, Caprice Kahwin Dengan Janda Anak Satu? – ‘Nanti Saya Ceritakan Apa Yang Berlaku’

Artikel Berkaitan: Pilih Wanita Kelantan Sebagai Isteri, Netizen Buka Cerita Lama Caprice – ‘Sebab Tu Jangan Terlalu Benci’

Kongsi video dengan anak tiri

Selepas beberapa jam bergelar suami dan bapa ‘segera’, Caprice memuat naik sebuah video ‘boomerang’ bersama anak tiri, Aleesya Sofea.

Sama-sama mengenakan busana berwarna putih, Caprice, 33, memeluk anak kecil yang berumur lima tahun itu.

Menerusi kapsyen ditulis, pemilik nama Ariz Ramli memberitahu dia akan mengajar anak tirinya itu bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

Jaga amanah Allah

Hantaran tersebut dipenuhi dengan komen-komen pengguna media sosial yang teruja melihat Caprice dan Aleesya.

Selain ucapan tahniah, rata-rata warganet mengingatkan agar Caprice menyayangi anak kecil itu seperti anak sendiri kerana sudah menjadi satu tanggungjawab.

@ekkey3125: Sangat comel. Jaga mereka baik-baik Caprice. Amanah Allah tu.

@anuraaini: Menjadi ayah kepada Aleesya, semoga dia menjadi anak yang solehah. Insya-Allah. Sayangi dia sepenuh hati.

@eilynfairus: Tahniah Caprice. Semoga menjadi suami dan ayah yang soleh.

Semalam, foto perkahwinan Caprice dan isteri tular selepas dikongsikan oleh seorang individu bernama Yasser Khan di Instagram Stories. Hantaran berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

Sumber: Instagram @signbycap

SKIP THIS AD ×