Di Twitter, trending nama pelakon Captain America iaitu Chris Evans gara-gara dipercayai memuatnaik di IG Story foto ‘kemaluan’ tanpa sengaja. Memetik laporan Mail Online, Chris Evans tanpa sengaja telah berkongsi foto ‘kemaluan’ sewaktu bermain permainan filter di IG Story.
Memuatnaik tanpa sengaja
Pelakon berusia 39 tahun itu telah berkongsi video berdurasi pendek di IG Story pada Sabtu lalu sewaktu bermain Head Up bersama rakannya.
Difahamkan, di penghujung video tersebut memaparkan galeri foto pelakon itu. Netizen juga terperasan gambar ‘kemaluan’ yang terdapat dalam galeri tersebut.
Sudah dipadamkan
Malah, ada segelintir peminat tampil ‘back-up’ pelakon Avengers itu. Mereka menyifatkan foto tersebut tidak sepatutnya tersebar bagi menghormati kredibiliti Chris Evans sebagai pelakon terkenal. Bagaimanapun, gambar tersebut tidak memberi apa-apa bayangan atau spekulasi kerana kelihatan ‘kemaluan’ itu kurang jelas.
Sumber: Mail Online