berita

Cara Hidup & Keperluan Kita Tak Sama – Suhaimi Saad Jawab Semua Persoalan, Mahu ‘Tutup Buku’

July 21st, 2016 | by Wan
Isu & Kontroversi

ohbulansuhaimijawab

Sejak komennya tentang ketiadaan kelengkapan asas di rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan sebagainya, nama Suhaimi Saad mulai viral dan menjadi bualan netizen.

Artikel Berkaitan : Isu Tiada Mesin Basuh Kerana ‘Zuhud’, Ini Teguran Ringkas Buat Suhaimi Saad

Peka dengan isu ini, nampaknya Suhaimi Saad mahu ‘tutup buku’ dan tampil menjawab satu persatu tohmahan yang dilemparkan. Kami dah cakap, hanya dia je tahu apa yang dia lakukan untuk keluarganya. Mungkin itu yang terbaik buat keluarga.

Fikir positif

Assalamu ‘alaikum dan Selamat Pagi.

Hari ni saya akan ‘tutup buku’ dan berharap agar kemelut yang melanda sejak beberapa hari lalu ini akan menemui titik penyelesaian dan perdamaian.in sya Allah

Saya telah memberi respon berkaitan MESIN BASUH,PETI AIS DAN SOFA.

Tapi sebelum tu,saya nak pesan awal awal ni..
Bagi yang rasa isu ni tak penting atau tak berkaitan,sila berhenti membaca.takde sapa pun paksa u.ok.peace..

HOMESCHOOLING

Saya tak pastilah para haters ni tau tak konsep ni dan kalau tau pun mungkin mereka masih lagi terikat dengan kefahaman bahawa ilmu itu hanya boleh didapatkan hanya dengan cara pergi ke tadika,lepas tu sekolah rendah,lepas tu menengah(kalau lulus),lepas tu masuk kolej atau U (kalau layak) sahaja.
Allah,kesiannya..

Tolonglah buka minda dan cuba berfikir secara positif dan terbuka.
Saya pun bersekolah,masuk U dan pernah mengajar.saya tak la ‘bingai’ macam kebanyakan orang yang suka menulis komen negatiiiiiiif sepanjang masa.
Saya juga ada rasa cinta dan sayang pada anak anak.malah mungkin lebih lagi daripada orang lain.dan saya juga mahukan sesuatu yang terbaik untuk untuk anak anak dan keluarga saya.sayalah yang paling faham kenapa saya perlu buat begini dan begitu kepada keluarga saya.

Ilmu dan menuntut ilmu memang penting.tetapi hari ini,sekolah bagi saya bukanlah tempat terbaik untuk anak anak saya.tapi mungkin terbaik bagi ramai anak anak lain.sebab cara hidup dan keperluan kita tak sama.

Kenapa saya kata begitu? Sebab saya pilih untuk hidup begitu.
Apabila saya sedar bahawa cara kerja saya dan isteri memang berbeza daripada orang,maka homescooling adalah pilihan terbaik untuk anak anak saya.

Siapa yang dapat jamin anak anak saya akan berjaya,dapat kerja dan selamat bila ke sekolah?

Ada ke sesiapa yang sanggup tolong jaga anak anak saya secara sukarela bila saya dan ina pergi show dan outstation? Tolong masak,tolong dobi,tolong hantar dan ambil mereka dari sekolah.tolong kawal keselamatan mereka di luar sekolah supaya mereka tidak diculik,tidak dibuli atau diapa apakan.ada yang sanggup buat semua tu secara percuma?
Tak ada! So tak perlulah acah acah caring sangat.

Saya sedar,hidup dan masa saya bersama anak anak di dunia ni tidak panjang.saya mahu luangkan masa sebanyaknya bersama mereka sebelum saya menutup mata.
Saya rela lihat mereka hidup susah berbanding anak anak yang rosak kerana hidup mewah dan senang.tapi solat tunggang laanggang.tutup aurat hanya masa sekolah,merokok,merempit,biadab dengan guru dan mak ayah dan sebagainya.itu bukan pilihan dan harapan saya.

Apa yang penting,mereka belajar macam orang lain.buat apa kalau pergi sekolah tapi tak belajar,ponteng,main main,bercampur laki perempuan sampai rosak.anda sendiri faham situasi hari ini.kalau tak tau,boleh tanya guru guru.kolot kan fikiran saya?
tapi memang islam tak ajar kita bercampur sampai rosak.saya takuuuut sangat.cukuplah cerita cerita yang dah ada.

Di rumah saya yang sederhana ni,saya sediakan bilik bacaan.ada jadual harian dan waktu belajar mengikut sukatan Kementerian dan silibes homeschoolers bersesuaian yang saya pilih.ada buku teks,ada buku latihan,ada papan hitam dan ada pengajian alquran,hadis,bahasa,matematik,akademik,kemahiran hidup dan sukan.anda boleh rujuk gambar gambar dan video di fb dan ig saya.terima kasih.

Setelah saya berusaha dan berikhtiar,saya serahkan segala galanya kepada Allah untuk menjaga dan melindungi saya dan keluarga.

Habis tu anak anak nak kerja,nak makan apa kalau tak ada kelulusan?
Hehehe.. scroll down dan bacalah kisah ulat dalam batu yang saya pernah kongsikan.hanya orang yang tidak yakin pada Allah saja akan bertanya soalan itu.
Come on la bro,berapa ramai mak bapak,pengarah,jutawan yang tak ada satu kelulusan pun hidup senang dan jauh lebih baik berbanding anda yang ada SPM tu.
Ini pandangan saya.kalau tak setuju,itu hak anda.

Didik anak kemahiran hidup

‘MINTAK SEDEKAH’

Saya nak tanya..
Patutkah kalian kata orang yang busking di jalanan tu sebagai orang yang mintak sedekah?

Sedangkan itu pilihan dan pekerjaan mereka.mereka hiburkan orang,malah ada yang menyanyi lebih baik daripada artis terkenal lain.
Siapa yang suka,dia menyumbang.siapa tak minat,jalan je lah.buat apa nak kecoh kecoh.

‘Saya paksa anak Mintak Sedekah’ adalah istilah biadab yang digunakan oleh hamba Allah yang tidak bertanggungjawab.kalau betul dia benar,meh sini tunjukkan muka! Belakang belakang berani la baling batu..

Bro,saya belum gila lagi nak suruh anak anak pergi mintak sedekah tau.saya pun ramai orang kenal,ada maruah.
Menyanyi di pasar dan bazar adalah latihan dan praktikal matapelajaran kemahiran hidup yang saya buat untuk mendidik anak anak supaya berani bercakap,menyanyi dan berhadapan dengan orang ramai.bukan mintak sedekah.ngok..! (ops,sorry) gurau pun tak boleh..

Kebetulan,saya dan Ina dilantik menjadi ‘duta’ sebuah NGO (Sabah Care) yang ditugas mengumpul dana untuk bantuan kemanusiaan di pedalaman Sabah.saya menyanyi hampir 10 lagu setiap sesi,anak anak menyanyi satu atau dua lagu saja.tapi bila orang nampak gambar anak anak je,dan dan claim suhaimi paksa anak mintak sedekah.ingat aku mabuk ke apa.. :)

Lagipun,diorang pun dah ada album sendiri,apa salahnya saya bagi pendedahan.latihan..saya dan ina pun ada di situ.bukannya macam sindiket tu.

Betul nabi tak suka orang minta sedekah.tapi nabi juga pernah minta infaq daripada sahabat sebelum keluar berperang.
Minta untuk diri,ada beza dengan mintak untuk agama.baca kitab!

‘SUHAIMI HINA KERJA BOMBA’

Ini pun satu lagi kepelaran (orang kedah kata) :)
Pandai mamat/minah ni troll ayat aku.

Bila saya istighfar dengar anak kata nak jadi bomba,itu tak bermaksud saya berniat menghina pekerjaan bomba.
Buat apa nak hina.itu pekerjaan mulia.
Rumah terbakar panggil bomba,ular masuk dalam mesin basuh panggil bomba (mujur takde mrsin basuh) orang nak bunuh diri,panggil bomba,eksiden panggil bomba.kan hebat tu.
Saya cuma harap anak saya jadi seorang yang lebih hebat daripada seorang bomba.mungkin bisnesmen,mungkin imam atau PM.:)
Pandai pandai je nak viral kan..tq tau.
Abang akak bomba jangan dengaq cakap dia.dia tu kurang kasih sayang.maaf zahir batin eh :) ko song – kosong.

Masih lagi belajar

INA MENYANYI DAN BUKA PURDAH

Ini pun nak isu ke? Baik gi komen pasal Selena Gomez tu lagi baik.tu terang terang maksiat.

Akak,purdah ni kan tak wajib.apa yang isu sangat.orang yang pakai purdah pun rileks je,korang pulak yang gelabah.macam buka purdah tu dosa besar plak..ina tu tengah belajar belajar,lagipun yang mintak buka tu pihak rtm.tak caya tanya cik Lan.doakan ina istoqamah.
Orang lain pun bukak purdah masa kerja sebab tu prosidur.apa masalahnya..

Pasal dia nak nyanyi,itu memang karier kami.tak payah la kecoh kecoh.fatwa kebangsaan pun kata harus selagi jaga adab dan syarat,korang plak nak jadi mufti.benda khilaf tak payah la panjang2kan.rujuk juga fatwa Dr Yusof Al Qardhawi.ingat,khilaf..
Kalau rasa tak sedap,tak payah dengar.kan senang.(macam ayat menteri plak)

Tapi jangan lupa dengar tau.pastu baru komen.
Sin gle du et pertama.. suhaimi saad featuring ina naim,jutawan pemuraaah..
Tapi kami bukanlah jutawan..kami cuma artis miskin yang harap dapat duduk bersama nabi s.a.w di syurga nanti.amiin

MESIN BASUH
(Baca tajuk tu betul betul,jangan komen pasal vaksin pulak)

Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lepas.(itu pun nak screenshot dan buat isu ke)

Sebab apa?

Sebab ‘mesin basuh saya’ ada di mana mana saja.24 jam lagi.

Memanglah mesin basuh tu keperluan.tapi keperluan setiap orang tak sama.bukak minda tu.
Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin,tetap akan basuh guna berus.ok la,itu pilihan dia.tak payah nak kecoh kecoh.

Saya,ina dan anak anak guna banyak pakaian setiap hari.kerja dan kesibukan hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan pilih cara yang paling mudah dan sesuai dengan hidup kami.

Kalau saya guna mesin basuh biasa,berapa jam nak cuci,berapa jam pulak nak dry,berapa hari nak tunggu kering dan tahun bila pulak nak pakai baju pergi show dan ‘mintak sedekah’?
Betul tak?

So,inilah rutin mingguan saya.jarang sangat saya suruh ina yang dobi baju.sebab saya pun sayang isteri saya macam orang lain.
In sya Allah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan.

Mohon doakan kami ya.saya pun selalu doakan korang walaupun ayat korang macam &#£@+#?

Maaf kalau khilaf.
Dah lah,tak payah negatif sangat..penat la nak explain :)

Ok,harap dah terjawab eh..
Apa apa PM saya.
Bye

Sumber : Suhaimi Saad

SKIP THIS AD ×