berita

‘Cara Mereka Sangat Mendesak’ – Nama Kena Blacklist, Diana Danielle Tak Mahu Layan Tuntutan LHDN

April 26th, 2019 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pelakon terkenal Datin Diana Danielle baru-baru ini telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati apabila namanya disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dia yang hanya menyedari dirinya dikenakan sekatan ke luar negara adalah ketika mahu ke Jepun atas urusan kerja.

Tunggakan cukai pendapatan RM350,000

Menurut laporan Harian Metro, Diana disekat untuk ke luar negara kerana mempunyai tunggakan cukai pendapatannya yang dianggarkan sebanyak RM350,000.

Walau bagaimanapun, menerusi Instagram Story Diana, dia mendakwa bahawa pihak LHDN tidak berhak meminta dirinya membayar sehingga agensi tersebut membayar ‘hutang’ sebanyak RM100,000 kepadanya terlebih dahulu yang dituntut sejak setahun lalu.

Diana juga mendakwa bahawa pihak LHDN tidak mengemukakan sebarang dokumen berikutan tuntutan tersebut. Namun, hasil perbincangan, jumlah tuntutan itu dikurangkan kepada RM150,000 dan perlu membayar secara ansuran sebanyak RM11,000 setiap bulan.

‘Saya dah tak mahu layan..’

Diana meluahkan dirinya dah cukup bersabar dan tidak mahu lagi melayan tuntutan tersebut kerana beranggapan LHDN terlalu mendesaknya.

Saya dah cukup sabar dan bertolak-ansur dengan mereka, tapi cara mereka sangat mendesak. Saya dah tak mahu layan.

Diana juga tidak mahu mengulas lanjut tentang tuntutannya itu. Sebelum ini dia diminta membuat bayaran ‘upfront’ sebanyak RM70,000 terlebih dahulu bagi membolehkan dirinya dibenarkan ke luar negara.

‘Kenapa lama sangat nak refund duit i?

https://www.instagram.com/p/BwtHTZrFKGV/

Terbaharu, menerusi kenyataan Diana di laman Instagramnya, dia menjelaskan kepada semua pihak tentang perkara sebenar. Menurutnya, dia berasa tidak puas hati kenapa terlalu lama pihak LHDN mahu memulangkan tuntutannya sebelum ini. Dia juga mempersoalkan dimana budi bicara oleh pihak tersebut kerana walaupun dia sudah membayar taxes dengan jumlah hampir 100,000 tapi namanya disenarai hitam secara tiba-tiba. Dia turut menjelaskan, pihaknya sudah menghantar surat kepada LHDN dan masih menunggu respon daripada mereka.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×