Walaupun kerajaan telah memberikan sedikit kelonggaran buat masyarakat untuk keluar dari rumah, ini tidak bermakna mereka perlu mengambil ringan tentang penjagaan diri dan musibah yang sedang melanda negara. Penjarakan sosial semasa berada di tempat awam merupakan salah satu saranan yang tidak dipatuhi oleh segelintir masyarakat.
Menerusi Instagram Zamarul Hisham, pelakon itu berkongsi kisah sikap tidak acuh beberapa orang individu ketika berada di sebuah kedai serbaneka.
Macam pesta pula
Seronok betul ada segelintir yang masih tak faham tentang PKPB yang Perdana Menteri umumkan bermula 4mei (semalam). Semalam kebetulan saya keluar untuk beli barang keperluan dapur di sekitar kawasan rumah iaitu di TTDI Jaya Shah Alam. Terkejut bila tengok kawasan yang mula sunyi macam pekan koboi sejak bermulanya PKP bertukar jadi satu kawasan yang sesak dengan kenderaan.
Semua kedai mula dibuka, dan ramai orang selamba dett dia je relax, lepak ditepi tepi kedai dengan geng-geng sambil bersembang hisap rokok, budak-budak yang tak ada lesen gayanya selamba ke sana ke sini naik motor tanpa pakai helmet dan mask, dia buat macam pesta pula. Ada segelintir yang faham apa maksud #kitajagakita masih pakai mask tapi kebanyakannya langsung tak pakai mask dan diaorang buat macam takde apa-apa berlaku.
Menurut Zamarul, sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan pada 4 Mei yang lalu, dia sangat terkejut melihat kawasan yang asalnya sunyi bertukar menjadi kawasan yang sangat sesak dan penuh dengan kenderaan. Lebih menyedihkan, masih ada lagi segelintir masyarakat yang tidak faham mengenai penjagaan diri dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga.
Tiada istilah penjarakan 1 meter
Saya pun masuk la ke kedai Speed99, dalam keadaan yang risau. Lepas pilih barang nak letak ke kaunter, saya tengok dah takde istilah Penjarakan 1 meter antara pelanggan. Semua berpusu pusu nak bayar. Adoiiii mana letak akal diaorang ni. Yang bestnya, saya kena sound dengan seorag pelanggan yang berdiri rapat dibelakang saya tanpa pakai mask, bila saya tegur “boss boleh belakang sikit tak atleast 1 meter” dia tak jawab, dengan selamba lagi dia rapat dan buat muka seposen.
Saya tegur lagi “please boss” and dia jawab hei kerajaan sudah umumkan 4 hari bulan sudah ok, u apahal mau cari gaduh sama saya ka? Aduhaii mencabar iman aku bulan-bulan puasa ni. So saya cakap bukan mau gaduh, saya cuma bagitahu untuk kebaikan dan atlast saya mengalah dan ke tepi bagi dia bayar dulu, bila dah reda tak ramai orang baru saya bayar di kaunter. So apa pendapat korang? Masih ada segelintir masyarakat yang masih tak faham dan otak letak dekat kaki. Kita sama-sama doa semoga tidak berlaku gelombang yang kedua.
Pada masa yang sama, dia turut berkongsi satu kejadian di mana seorang pelanggan telah menguji kesabarannya di bulan Ramadan ini. Difahamkan, ketika mereka sedang beratur di kaunter, seorang individu tanpa memakai mask berdiri rapat di belakang Zamarul. Dia kemudian menegur individu tersebut agar mematuhi jarak sosial yang ditetapkan. Namun, tindakannya itu dibalas pula dengan kemarahan.
Sumber: Zamarul Hisham