berita

‘Cerita’ Operasi Feri Pulau Pinang Bakal Ditamatkan Tidak Betul!

December 14th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial berita mengenai perkhidmatan feri Pulau Pinang bakal menamatkan operasi pada penghujung tahun ini. Rata-rata penduduk di negeri itu tidak bersetuju sekiranya kerajaan negeri akan menamatkan perkhidmatan pengangkutan feri tersebut yang menghubungkan pulau dan tanah besar.

Artikel berkaitan: Feri Pulau Pinang Bakal Ditamatkan, Pengguna Kongsi Momen Terakhir Naik Feri Pulau Pinang

Memetik laporan Kosmo, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) berkata dakwaan terhadap berita penutupan operasi feri tersebut adalah tidak benar.

Dakwaan penutupan operasi feri

Sebelum ini tersebarnya mengenai dakwaan penutupan operasi di Terminal Raja Tun Uda bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2022 dan akan dipindahkan ke Swettenham Peer. Malah, dalam dakwaan tersebut juga mengatakan bahawa perkhidmatan itu hanya dibuka untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal sahaja.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berita yang tersebar luas itu. Isu tersebut akan dijelaskannya menerusi sebuah sidang media yang bakal diadakan esok hari.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×