Terminal Feri Penang Sentral sudah menjadi ikonik kepada negeri Pulau Mutiara itu dalam sektor pelancongan. Malah, feri yang terdapat di negeri itu juga merupakan salah satu pengangkutan paling bermanfaat untuk penduduk Pulau Pinang.
Terbaharu, dikhabarkan perkhidmatan feri Pulau Pinang bakal digantikan dengan bot katamaran sepertimana yang digunakan di Pulau Langkawi. Meskipun, berita itu belum sahih lagi, namun, penduduk Pulau Pinang dan pengguna feri di terminal tersebut berkongsikan momen mereka di atas pengangkutan tersebut.
Memang nostalgia
Rata-rata pengguna Facebook berkongsikan momen terakhir mereka ketika menaiki feri itu bersama keluarga dan rakan-rakan sewaktu makan angin ke Pulau Pinang. Menurut pengguna Facebook Yeop Dean menyifatkan pengalaman menaiki feri ke Pulau Pinang satu nostalgia ketika bercuti bersama rakannya. Pengalaman dan kenangan beratur dan berhimpit di dalam feri adalah sesuatu yang tidak akan dapat di mana-mana tempat melainkan di dalam feri Pulau Pinang.
Manakala, Ain Norain Basir sebagai anak jati Pulau Mutiara itu turut meluahkan rasa sedih jika benar perkhidmatan feri Pulau Pinang bakal ditamatkan. Tidak dinafikan, terdapat banyak kenangan ketika di usia muda menaiki feri tersebut bersama ibunya. Hanya di Pulau Pinang sahaja orang ramai dapat menikmati pengalaman sebegini yang mungkin tiada di negeri lain.
Selamat tinggal feri Pulau Pinang
Selamat tinggal Feri Pulau Pinang. Nasib sempat naik dluu pic.twitter.com/gRHw7FOOGQ
— AIME (@AimeMuhamad) December 13, 2020
Sementara itu, pengguna Twitter iaitu Aime Muhamad memuat naik video menyaksikan keindahan Pulau Pinang sewaktu menaiki feri di sana.
Naik feri dengan kawan-kawan
Tak sangka tahun lepaih last experience travel cenni Naik feri dengan member² sehari sebelum result stpm keluaq ??? @NurulNuha12 @Wanie_Ameera @aranadzirah_ @amniabidin @Missielah1 @Dianaasri_ pic.twitter.com/YYKtcCizer
— maia (@Dewi_sleepy) December 13, 2020
Pengguna Twitter Dewi Sleepy turut berkongsikan foto kenangan ketika dia bersama rakan-rakan sekelasnya bercuti di Pulau Pinang menaiki feri. Menurut perkongsiannya, ketika itu adalah sehari sebelum keputusan STPM diumumkan.
Rakyat tidak setuju perkhidmatan feri ditamatkan
Namun bagaimanapun, rata-rata penduduk Pulau Pinang tidak bersetuju sekiranya perkhidmatan feri di negeri itu ditamatkan. Mereka menyifatkan feri merupakan salah satu tarikan pelancongan dan pengangkutan awam buat mereka yang bekerja ulang-alik ke tanah besar.
Memetik laporan BH Online, Menteri Pengangkutan iaitu Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan seramai 1.5 juta penumpang menggunakan perkhidmatan feri dalam tempoh setahun dan sebanyak 200,000 daripada jumlah itu adalah penumpang berkenderaan.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang iaitu Hazizi Padzil berpendapat cadangan menggunakan bot katamaran tidak jelas diperincikan kepada orang awam termasuk jenis bot yang akan digunakan.
Bot katamaran dilihat sebagai bot yang moden dan penumpang pejalan kaki semestinya sangat teruja bagi menggunakannya namun ia tiada ruang bagi penumpang berkenderaan ringan seperti motosikal, kereta dan van.
Ia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penumpang berkenderaan terutama penunggang motosikal yang memikirkan risiko keselamatan jalan raya selain pemandu kereta pada waktu kemuncak dan ketika musim hujan.
Sumber: Penang Kini, Kepala Batas Kita, BH Online