berita

Cerita Tentang KOPI. Apa Beza Cerita Kopi Aku, Kau Dan Dia?

September 24th, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kalau cakap tentang kopi apa yang korang akan bayangkan? Kopi gula atau kopi susu?  Atau…Mungkin kopi pahit tanpa gula.

Walau apa pun pilihan korang, kopi tetap tak boleh dinafikan menjadi penyeri buat penggemarnya. Ada yang jumpa jodoh masa minum kopi, ada yang membuat urusan niaga sewaktu minum kopi dan ada juga yang mengangkat kopi sebagai drama!

KOPI, setiap yang manis ada pahitnya….

Merungkai kisah konflik keluarga, percintaan, impian yang tak tercapai, perbezaan darjat masyarakat, obsesi dan fantasi.  Tonton membawakan siri original terbaru, KOPI yang pastinya menghiburkan korang kerana jalan ceritanya yang tak skeptikal.

Kalau korang nak tau, siri original tonton, KOPI ni diinspirasikan daripada buku Fixi yang mempunyai tajuk yang sama.

Apa yang bestnya mengenai siri KOPI ini ialah setiap episod diolah dan menjadikan kopi sebagai medium penceritaan. Menarik kan?

Dibarisi pelakon-pelakon popular

Siri original tonton, KOPI  dengan 25 episod akan dibarisi pelakon popular tanah air seperti Izzue Islam, Hafidz Roshdi,  Zara Zya, Nad Zainal, Faizal Hussein, Hafreez Adam,  Julia Farhana Marin, Redza Minhat, Zahiril Adzim, Jasmin Hamid, Mimi Lana, Syafie Naswip, Chelsia Ng, Tony Eusoff dan ramai lagi.

KOPI akan mengetengahkan 13 daripada 19 cerpen terbaik daripada buku Fixi yang dinspirasikan daripada minuman adiktif kopi. Kenapa kopi? Kerana kopi akan menjadi permulaan cerita, penyebab peristiwa atau penyudah imaginasi untuk siri ini.

Antara tajuk yang korang boleh nantikan ialah Secangkir Kopi Untuk Dia, Kopi 3 Rasa, Kopi Percik, Kopi Julia, Kau Kopikoku dan banyak lagi.

Jom tengok KOPI di portal tonton!

Siri original tonton, KOPI yang mendapat garapan Megat Sharizal Mohamed Yusoff ni akan mula dimuat naik ke portal tonton setiap hari bermula 16 September 2018 hingga 10 Oktober 2018. Kesemua episod baharu ni korang boleh tengok secara eksklusif di tonton.com.my dalam format definisi tinggi (HD).

Paling best ialah, korang boleh tengok siri KOPI ni secara PERCUMA di portal tonton. Tanpa bayaran dan syarat, sebab tonton sudah boleh diakses secara terus sejak 31 Ogos yang lalu. Haa.. Jimat la duit korang!

Jadi tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi tonton di Google Play Store dan Apple App Store dan enjoy siri KOPI ni. Untuk tau lebih lanjut korang boleh pergi je kat laman web ni www.tonton.com.my.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×