Penyanyi antarabangsa Charlie Puth berkongsi bahawa ilham untuk menghasilkan salah satu lagu yang ditulisnya pada album terdahulu adalah ketika dia sedang melakukan hubungan intim.
Artikel Berkaitan: ‘Semua Lagu Yang Saya Buat Berdasarkan Pengalaman Peribadi’ – Andmesh Kamaleng
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Lancar Lagu ‘Ya Habib’, Ditulis Ketika 20 Hari Ditahan Dalam Lokap
Berhenti seketika
Memetik satu temu bual bersama Interview, penyanyi itu mendedahkan bahawa ketika melakukan hubungan intim tiba-tiba sahaja dia mendapat ilham untuk menulis lagu yang berjudul Marks On My Neck.
Mungkin saya sepatutnya lebih fokus melakukan hubungan tersebut, tetapi melodi itu tiba-tiba muncul di kepala saya.
Saya sebenarnya telah berhenti seketika dan merakam suara dengan pantas sebelum sambung melakukan hubungan tersebut.
Penyanyi berusia 31 tahun itu turut berkongsi bahawa lagu berkenaan juga dikaitkan dengan pengalamannya ketika menjalinkan hubungan sebelum ini. Kesan gigitan cinta pada leher yang akan pudar seolah-olah menggambarkan hubungan tersebut tidak akan bertahan lama.
Ini adalah tentang pengalaman dan saya masih ingat ketika bangun dan melihat diri saya dicermin lalu melihat tanda-tanda ini dileher makin pudar membuatkan saya terfikir bahawa ia sama seperti hubungan dengan seseorang.
Terdahulu, pelantun lagu Hilarious ini muncul buat pertama kalinya bersama teman wanita, Brooke Sansone di acara karpet merah Pre-Grammy Gala & Grammy Salute to Industry Icons pada awal tahun ini.
Sumber: Etonline News