Pelakon jelita, Rozita Che Wan berang berikutan pengacara sensasi, Azwan Ali didakwa mengaitkan nama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan panggilan yang negatif menerusi satu hantaran di Facebook (FB) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Che Ta ‘Naik Hantu’ Baca Tajuk Rumah Tangga Didakwa Goyah – ‘Bab* Mana Yang Buat Cerita Ni?’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Dapat Berjalan, Rasa Badan Seperti Dibakar..’ – Azwan Ali
Petik nama anak
Aktres yang mesra disapa Che Ta itu tidak mahu berdiam diri dan menyifatkan tindakan pengacara tersebut sangat melampaui batas dan keterlaluan.
Saya tak kisah dia nak maki saya, nak jadi penyundal ke apa, ada masalah ke dengan anak aku? Aku mengandung anak aku sembilan bulan sepuluh hari tau, jentik pun tak pernah asal kau nak maki anak aku macam tu?
Kau sedap-sedap nak kata anak aku macam itu. Dia belum kena buku dengan ruas lagi, hari itu saya baik sebab Zain cakap ‘sayang saya tak suka awak bergaduh’, okay saya terima.
Rozita berkata demikian ketika ditemui bual OhBulan! pada tayangan perdana filem Mat Kola di Tropicana Garden, Kota Damansara pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun tersebut menjelaskan sebelum ini dia sudah menarik semula laporan polis yang difailkan terhadap Azwan dan menganggap kes tersebut telah selesai.
Saya masalah sebelum ini, dia minta saya berjanji untuk tarik balik kes. Saya senyap sahaja, saya tidak beritahu kepada sesiapa.
Apabila ditanya pihak media saya hanya berkata ‘kami sudah selesai’. Dia yang minta untuk tarik balik kes, tapi kenapa tiba-tiba? Apa masalah kau?
Polis telefon saya, ‘ Che Ta, dia nak tarik balik kes kalau Che Ta nak Che Ta boleh datang’. Saya pergi dan tarik balik kes.
Bila dia tarik balik kes, telefon dia tak akan disiasat.
Saya berdiam sebab saya berjanji dengan orang, kenapa kau nak buat hal balik? Saya muat naik sebab saya tengah marah dia mengata anak saya. Apabila ditegur oleh kenalan saya yang juga seorang ustaz saya terus padam hantaran tersebut dan berdiam diri.
Terdahulu, timbul spekulasi berikutan hantaran Azwan Ali di FB yang mendakwa seorang pelakon berusia berbulu mata lebat telah menghantar sihir kepadanya.
Bagaimanapun, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak mendedahkan nama mana-mana individu.