berita

Che Ta Bersanding Semula Rai Ulang Tahun Perkahwinan, Penampilan Aaisyah Tarik Perhatian

June 16th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: rozitachewan1

Anak kepada pasangan selebriti terkenal Rotiza Che Wan dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menjadi bualan netizen apabila rata-rata netizen terpegun dengan kecantikan kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan: Fesyen ‘Tudung Saji’ Jingga Jadi Bualan Netizen, Che Ta Tak Baca Komen – ‘Biarlah Mereka Nak Cakap Apa Pun’

Artikel Berkaitan: Teruja Banglo Baharu Dah Siap, Che Ta Rahsiakan Jumlah Baju Raya

Aaisyah buat ramai terpesona

Foto: rozitachewan1

Baru-baru ini, Rozita dan Zain sekali lagi menarik perhatian ramai kerana masih mengekalkan tradisi ‘bersanding semula’ sejak tahun 2019. Namun kali ini majlis persandingan dan majlis malam berinai itu diraikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kini menjangkau usia 10 tahun.

Selain daripada pasangan tersebut, puteri kecil mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana yang suka berfesyen turut mencuri tumpuan ramai. Penampilan Aaisyah di majlis itu dikatakan sangat cantik dan memukau!

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta membuat perkongsian dengan memuat naik foto Aaisyah di laman IG. Di dalam foto tersebut kelihatan si kecil berkenaan lengkap berbusana merah bersama barangan kemas. Selain pemakaian inai, Aaisyah juga ditatarias oleh jurusolek Kasih Cicie.

Besaq dah princess mommy ni. Berinai siap, letups.

Majlis persandingan tersebut dikatakan telah ditaja oleh rakan baik Che Ta telah diadakan di Glam Hall Damansara, Damansara Perdana pada Selasa.

‘Aura ratu terpancar’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut terpesona selepas melihat wajah terkini Aaisyah. Mereka juga turut memberi pujian terhadapa penampilan si kecil itu kerana saling tak tumpah seperti ibunya.

Sumber: rozitachewan1

SKIP THIS AD ×