berita

Fesyen ‘Tudung Saji’ Jingga Jadi Bualan Netizen, Che Ta Tak Baca Komen – ‘Biarlah Mereka Nak Cakap Apa Pun’

May 31st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Rozita Che Wan dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Selain penyanyi Aina Abdul, penampilan Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta juga sering mendapat tumpuan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Imej Sarung ‘Net’ Batu Berlian, Che Ta Digelar Kim K Versi Muslimah – ‘Saya Boleh Bernafas Ada Lubang Udara’

Hormat tema tuan rumah

Tampil kelainan, Che Ta menggayakan busana ala ‘tudung saji’ berwarna jingga di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) pada malam Ahad.

Ketika ditemui OhBulan!, Che Ta, 49, menyatakan fesyen yang digayakan itu mengikuti tema yang ditetapkan penganjur iaitu Met Gala.

Kata pemilik nama Rozita Abu Bakar, dia memang akan cuba elak daripada memakai warna hitam atau putih ketika menghadiri mana-mana majlis.

Bila menghadiri satu majlis kita menghormati tuan rumah dengan mengikut tema yang diberikan. Stylist saya pun ikut la. Saya cakap tak terlalu ‘over’. Over tak? (ketawa).

Mungkin warna ini yang menarik perhatian. Saya memang kalau pergi event akan elak daripada memakai warna putih atau hitam.

Che Ta ditemui sejurus usai AME2021 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tak baca komen

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Zain Saidin ini enggan peduli dengan mulut ‘makcik bawang’ yang rancak mengata dengan pakaiannya.

Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu.

Sebelum ini, Aina menjadi target netizen selepas gaya tudung yang dipakai didakwa seakan seperti rahib atau ‘sister.’

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×