Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan wanita yang terdesak untuk memiliki suami orang sememangnya wujud.
Artikel berkaitan: ‘Saya Dilahirkan Memang Bukan Anak Orang Senang’ – Rozita Che Wan
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Nauzubillah, Ramai Selebriti Sanggup Jadi Model Tudung Bukan Sebab Allah Tapi Bayaran’ – Rozita Che Wan
Dah jadi lumrah
Memetik laporan Harian Metro, Che Ta atau nama sebenar Rozita Abu Bakar berpendapat perkara tersebut sudah menjadi lumrah di kalangan wanita zaman sekarang.
Macam inilah, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas. Selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.
Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda milik suami kita, jadi hati-hatilah.
Macam saya tiada kawan perempun, semua pondan. Jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-duanya. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia.
Beri kepercayaan kepada suami
Disoal sekiranya ada memeriksa telefon bimbit suaminya, Zain Saidin, Che Ta mengatakan dia tidak pernah berbuat demikian kerana meletakkan sepenuh kepercayaan.
Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga.
Saya memang tiada masa nak periksa mesej yang masuk dalam telefon suami, tapi Zain sendiri tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan.
Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu. Tiada penerangan yang saya akan terima.
Untuk rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.
Sumber: Harian Metro