Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Pakai Baju Kurung ‘Pink’ Raih Perhatian, Netizen Puji – ‘Alhamdulillah Suka Tengok, Ini Baru Betul Gadis Melayu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Jubah Konvokesyen & ‘Mortar Board’, Cik B Sudah Tamat Pengajian?
Terharu & bersyukur
Menjawab mengenai perasaan menerima anugerah tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 19, bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka itu.
Menurutnya, anugerah ini atas berkat doa ibu dan penyokong yang sentiasa di belakang.
Saya memang tak sangka, tapi pada masa sama rasa terharu dan bersyukur. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang tak pernah putus menyokong.
Malah saya pernah terfikir, adakah berhak saya terima penghargaan sebegini. Saya ini biasa-biasa saja, tapi Alhamdulillah semuanya atas berkat doa ibu dan penyokong.
Dalam banyak-banyak wanita muda lain yang berjaya, tapi saya yang dipilih untuk terima anugerah ini.
Terima kasih.
Cik B berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, selepas menerima Anugerah Wanita Muda sempena The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Khamis.
Kawan ‘sekufu’
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Kami Budak Gen Z’ itu mengulas tentang perkongsian yang dimuat naik bersama seorang lelaki misteri baru-baru ini.
Ujar Cik B, lelaki tersebut merupakan kawan lama dan tiada sebarang hubungan istimewa.
Dia hanyalah kawan baik saja, kena ‘friend-zone’ kiranya. Tak boleh nak dedahkan siapa lagi, tunggu masa yang sesuai. Apa pun, dia bukanlah teman istimewa.
Kami saling mengenali sejak enam tahun lalu dan sering keluar bersama, nama pun kawan baik.
Ketika itu saya sedang bersedih. Saya minta dia untuk belikan bunga, dia pun beli dan kami keluar makan. Bagi saya, dia seorang kawan yang bagus.
Pada akhir perkongsian, Cik B akui lebih senang berkawan dengan individu yang ‘sekufu’ daripada segi pemikiran.