berita

Cinta Yang Disangka Penawar Bawa Luka, Air Mata Allisya Bakal Runtun Emosi Penonton TV9

May 19th, 2022 | by Wan
Kini Trending

Drama bersiri 15 episod Air Mata Allisya yang diadaptasi daripada novel Air Mata Allisya karya Ain Zanowi bakal menemui penonton TV9 bermula 20 Mei hingga 8 Julai 2022 pada setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam.

Dibayangi kisah silam

Diterbitkan oleh Country Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan nukilan skrip oleh Haida Mazni Mohammad, Air Mata Allisya mengisahkan Allisya (Sophia Albarakbah) yang hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis.

Allisya kemudiannya bertemu dengan Arief (Keith Foo) dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin. Datin Sarimah (Anne Abdullah) mula mendera Allisya secara fizikal dan mental manakala Dato’ Mustapha (Tony Eusoff) pula melayannya seperti anak perempuannya. Apabila Dato’ Mustapha berterus-terang dengan Allisya bahawa Arief ialah penyebab kepada kemalangan tragis abangnya, Allisya telah melarikan diri dari Arief kerana rasa dikhianati.

Adakah Allisya bakal kembali ke pangkuan Arief atau terus menyimpan dendam atas kematian abangnya? Jangan lupa saksikan Air Mata Allisya yang bakal bersiaran selama dua jam, setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam di TV9.

SKIP THIS AD ×