berita

Collina Tonton World Cup 2014 Dengan 600 Pengguna Castrol Di Phuket

July 11th, 2014 | by Ai

Sejak FIFA World Cup 2014 mula menjadi fenomena seluruh dunia pada 12 Jun lalu, rasanya semua orang dah terkena demam bola sepak hingga sanggup bersengkang mata menonton perlawanan di tengah malam.

Itu belum kira yang gigih ke kedai-kedai mamak berhampiran walaupun pada jam 2, 3 pagi semata-mata kerana tak mahu terlepas match yang sengit.

Kalau rasa cara anda support FIFA World Cup tahun ni dah cukup best, cara Pierluigi Collina lagi hebat tau!

Baru-baru ini, Castrol telah mengumpulkan 600 orang penggunanya dari 19 buah negara untuk menonton perlawanan permulaan FIFA World Cup 2014 dalam event Rio in Asia yang berlangsung di Phuket, Thailand.

Rio in Asia yang bertemakan all-brazilian itu bertujuan untuk mendekatkan lagi semangat FIFA World Cup dengan jiwa penyokong bola sepak di negara-negara Asia.

Sebagai bekas referee Itali yang terkemuka, Collina dijemput untuk memeriahkan majlis dan berkongsi pengetahuan mengenai sukan bola sepak berdasarkan kepada pengalamannya.

Kemunculan istimewa Collina juga merupakan momen indah buat mereka yang hadir ke Rio in Asia kerana berpeluang menemui bintang terkenal itu secara depan-depan.

Selain daripada itu, Castrol juga tak melepaskan peluang menunjukkan demonstrasi teknologi pelincirnya yang sentiasa berubah.

Castrol percaya bahawa teknologi perintis adalah permainan changer. Tak kiralah dalam industri pelincir ataupun sukan bola sepak. Komitmen Castrol ke arah teknologi telah membantu kami menghasilkan produk perintis seperti Castrol EDGE, Castrol Magnatec STOP-START, Castrol ACTIV SCOOTER dan Castrol Power1. Produk kami telah direka bagi menangani tekanan enjin automotif moden supaya orang boleh memandu dengan tenang. –  Shyam Balasubramanian, Regional Marketing Director, Asia & Pacific, BP Lubricants

Dalam pada itu, pengunjung juga diperkenalkan dengan Castrol Magnatec dan mempamerkan molekul pintar yang berpaut pada bahagian-bahagian enjin untuk menyediakan lapisan tambahan perlindungan dari saat anda menghidupkan enjin kereta.

SKIP THIS AD ×