Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah bagi menyahut seruan Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin anda boleh cuba resipi baru, mengemas rumah atau melakukan apa sahaja aktiviti berfaedah bersama keluarga.
Seperti keluarga Khairi Rani meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan bermain instrument muzik beberapa buat lagu. Siap anak paling kecil bermain gong lagi. Memang sempoi habis!
Kopi dangdut
https://www.facebook.com/khairi.rani.9/videos/pcb.2815988248457128/2815938628462090/?type=3&theater
Anak beranak ini turut bersama bermain peralatan muzik tradisional termasuk gong, beduk dan seruling. Keluarga kecil ini juga menyampaikan lagu Kopi Dangdut bagi mengisi masa lapang mereka sepanjang berada di rumah. Gelagat anak paling kecil itu turut curi perhatian netizen!
Ayam didik
https://www.facebook.com/khairi.rani.9/videos/pcb.2815988248457128/2815960065126613/?type=3&theater
Bukan hanya itu sahaja, keluarga ini turut merakam muzik bagi lagu tradisional Ayam Didik. Mengikut fakta, lagu Ayam Didik ini akan mengiringi sebuah tarian klasik Melayu yang berasal daripada gerakan laga ayam. Tarian tradisional ini terkenal di masyarakat negeri bahagian utara termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Chalte-chalte
https://www.facebook.com/khairi.rani.9/videos/pcb.2815988248457128/2815974755125144/?type=3&theater
Jika anda penggemar drama romantis Hindustan, mungkin anda pernah dengar lagu Chalte-Chalte ini. Lagu ini merupakan soundtrack bagi drama yang dilakonkan Shah Rukh Khan dan Rani Mukerji pada tahun 2003.
Sumber: En Khairi Rani