berita

‘Crop’ Gambar Raya Bersama, Netizen Teka Dini Schatzmann & Janna Nick Dah ‘Getback’

April 26th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Hujung tahun lalu, pelakon dan penyanyi Janna Nick seakan memberi bayangan bahawa hubungan cintanya bersama aktor Dini Schatzmann sudah pun berakhir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Umum Berita Baik – ‘Kena Tunggu Mungkin Lepas Ramadan’

Artikel Berkaitan: ‘Sudah Sampai Masa Untuk Saya Membuat Pengumuman Ke Arah Lebih Baik’ – Janna Nick

Artikel Berkaitan: Tak Ada Perasaan Benci & Masih Profesional, Janna Nick Akui Masih Berkawan Dengan Dini Schatzmann

Bagaimanapun, sekitar Februari lalu, Dini memaklumkan bakal mengumumkan satu berita besar berkaitan hal peribadi yang turut berkait rapat dengan Janna dalam masa terdekat.

Crop gambar Janna?

Terbaharu, perkongsian di Instagram pemilik nama penuh Dini Azan Schatzmann sewaktu menyambut perayaan Aidilfitri baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, aktor berusia 28 tahun itu dilihat segak mengenakan baju Melayu berwarna kelabu sambil mengukir senyuman disebelah figura seorang wanita berbaju ungu dan merah jambu yang hanya menampakkan sedikit bahagian pipi dan bahu.

Tulis Dini pada kapsyen, perasaannya ketika itu sangat gembira.

Pertama, saya terlalu gembira. Kedua, dia minta saya untuk menjaga kelakukan. Ketiga, dia tanya saya jika sayang dia untuk kali ke 1780166”

Biarpun, Dini tidak mendedahkan wajah penuh wanita di sebelahnya, namun rata-rata wargamaya dapat menghidu dengan mengatakan pakaian wanita tersebut mirip dengan pakaian milik aktres Janna Nick.

Wanita itu Janna

Ketika tinjauan Oh Bulan! ke Instagram milik Janna, andaian yang dibuat warganet seakan tepat apabila pelantun lagu Nakal itu turut berkongsi beberapa keping gambar raya bersama ahli keluarga dengan memakai busana warna berkenaan.

Menguatkan lagi dakwaan, apabila bentuk dan warna pada sofa diduduki Dini dan wanita berkenaan juga mirip.

Netizen bijak!

Menjengah ke ruangan balas, ramai warganet yang meneka wanita tersebut ialah Janna selain mereka gembira melihat pasangan itu kembali rapat semula.

Sumber: Dini Schatzmann, Janna Nick

SKIP THIS AD ×