berita

‘Cukuplah Empat Malam’ – Lelaki Tumbuk Pemandu Wanita Serik Masuk Lokap, Mengaku Terlalu Emosi

May 8th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini kecoh di media sosial berkenaan video viral yang menunjukkan seorang lelaki menampar seorang wanita akibat perselisihan faham insiden jalan raya yang berlaku di Jalan Dato Keramat. Isteri kepada lelaki yang menampar wanita itu juga telah membuat kenyataan terbuka bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Terbaru, menerusi laporan Mstar, lelaki tersebut ditahan pihak berkuasa tempatan dan telah menjalani hukuman tidur di dalam lokap selama empat hari sebelum dilepaskan pada hari Isnin yang lalu.

Tak pernah terkir masuk lokap

 

Tak pernah terfikir masuk lokap, cukuplah empat malam. Semua yang berlaku ada pengajaran tersendiri.

Semua sudah tahu punca kenapa saya memukul wanita itu dan saya pun sudah menerima hukumannya dengan dua kesalahan.

Memang perit tetapi dalam masa sama saya berpuas hati kerana saya percaya apa yang berlaku dapat memberikan pengajaran kepada semua.

Dia tidak menyangkakan akan bermalam di atas tilam simen gara-gara tindakannya itu dan insiden ini benar-benar memberi kesedaran pada dirinya serta mempunyai hikmah yang tersendiri.

Kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Kalau dia minta maaf benda ni tak akan jadi

Tetapi dalam insiden hari tu, saya pula dimarahinya. Mungkin kalau dia angkat tangan atau minta maaf, benda ni tak akan jadi.

Saya manusia ada perasaan, tapi tak saya takkan suka-suka pukul orang lain. Tetapi itulah, bila keadaan tak terkawal, saya terus bertindak macam tu.

Dalam video nampak seperti saya tumbuk, tapi sebenarnya saya hanya tolak muka dia.

Tambahnya lagi, insiden tersebut tidak akan berlaku jika setiap pengguna jalan raya mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab terhadap pemanduan masing-masing.

Dia tidak dapat mengawal perasaanya ketika kejadian dan bertindak menolak wanita tersebut bukan menumbuk seperti yang kelihatan dalam video sebelum ini.

Harap pemandu lain lebih bertanggungjawab

Saya mengaku salah dengan apa yang saya buat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya dikenakan denda dan dibebaskan pada Isnin.

Saya harap pemandu-pemandu kenderaan lain supaya lebih bertanggungjawab. Nyawa kami penunggang motosikal ni terletak di tangan anda.

Saya dah banyak kali berdepan situasi pemandu macam tu, harap insiden seperti ini tidak berlaku lagi.

Setiap pemandu diharapkan agar lebih bertanggungjawab agar insiden seperti ini tidak akan berulang. Dia juga bersyukur kerana kes ini berjalan dengan lancar dan dia telah menerima hukuman dari pihak berkuasa.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×