berita

‘Cuma Ada 3 Jari Dengan Kulit’ – Mayat Tanpa Pakaian Ditemui Dalam Lombong, Organ Dalaman ‘Hilang’

November 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Dengkil, pihak polis telah menemui satu mayat lelaki yang tidak berpakaian berada dalam keadaan terapung di dalam lombong Kampung Orang Asli Bukit Dugang. Lebih menyayat hati apabila mengetahui organ dalaman mangsa turut hilang dipercayai dimakan oleh haiwan liar.

Mayat terapung dalam lombong

Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, mayat itu telah ditemui di tebing lombong oleh seorang lelaki. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihak mereka masih belum mengesahkan lagi warganegara mangsa.

Hal ini kerana tiada sebarang kad pengenalan diri yang ditemui. Malah, ianya secara tidak langsung menyukarkan lagi pihak polis untuk mengenal pasti identiti mangsa.

Jarak lokasi kejadian daripada jalan besar lebih kurang satu kilometer (km) melalui jalan tepi Sungai Semenyih Dengkil. 50 meter daripada mayat dijumpai terdapat kandang lembu yang dijaga oleh seorang lelaki berketurunan Sikh.

Terdapat tiga jari dengan kulit

Menurut beliau lagi, mangsa dianggarkan berketinggian 5.10 kaki dan memiliki berat badan lebih kurang 130 kilogram.

Selain itu polis melakukan pemeriksaan ke atas penduduk Kampung Orang Asli di kawasan tersebut jika terdapat kehilangan ahli keluarga atau keluarga yang keluar tidak balik ke rumah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Menurut sumber, mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hari lalu sebelum dia ditemui.

Pihak hospital memaklumkan cuma terdapat tiga jari dengan kulit untuk dikesan cap jari.

Sehingga kini, punca kematian masih belum dapat disahkan dan siasatan masih dijalankan. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Utusan Malaysia, Astro Awani

SKIP THIS AD ×