berita

‘Dah Ambil Pun Masih Rasa Insecure’– Isteri Aman Ra Dedah Disihir?

February 19th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila isteri kepada seorang penyanyi rap terkenal di Malaysia mendakwa suaminya telah berlaku curang terhadapnya selama ini. Malah dia turut memberitahu suaminya telah melafazkan cerai empat kali sebelum ini.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Boleh Beri Sebarang Komen’ – Terpalit Isu Curang, Aman Ra Mohon Diberi Ruang

Artikel Berkaitan: ‘Kau Dah Lafaz Cerai Empat Kali’ – Isteri Dakwa Penyanyi Rap Popular Curang

Terbaru sekali lagi isteri kepada penyanyi tersebut mendedahkan bahawa suaminya dipercayai telah disihir oleh wanita terbabit.

Disihir?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Natiqah Rahmat iaitu isteri kepada Aman Ra, dia memberi ‘hint’ seolah-olah suaminya telah disihir oleh dua orang wanita. Perbualannya bersama individu yang dipanggil ‘mama’ itu dilihat menceritakan perihal sakit yang dialami oleh seseorang yang dipercayai Aman Ra.

Perempuan 2 orang. Orang yang sama hantar pada A** dan Ti**. Rawat dari jauh. Tapi ada simptom rawatan untuk beberapa hari. Letih mengantuk, emosi dan lain-lain.

Menerusi perbualan whatsapp itu, sihir yang dihantar akan membuatkan mereka merasa sakit di kawasan tekak, bahu, tangan, perut dan dada. Malah tambahnya lagi, kemungkinan individu terkena sihir itu juga akan malas bercakap dan sering bergaduh mulut.

Doa itu sangat besar

Pendapat kita berdasarkan apa pengetahuan yang kita ada. Ada yang melalui pengalaman sendiri. Ada yang melalui pemerhatian. Apa pon , takda yang salah takda yang betul. Setiap pendapat pasti ada kebaikan yang cuba disampaikan. Semoga sama-sama ambil untuk jadi lebih baik okay.

Dalam pada itu,  Natiqah mengucapkan terima kasih buat orang ramai yang menyokong serta memberi kata-kata semangat buatnya. Rata-rata di ruangan komen turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan rumah tangganya dan Aman Ra.

Sumber : Natiqah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×